Motivasi KOLEKSI ZIKIR SESUAI DIAMALKAN OLEH PELAJAR DAN IBU BAPA (SPM TRIAL 2022...

KOLEKSI ZIKIR SESUAI DIAMALKAN OLEH PELAJAR DAN IBU BAPA (SPM TRIAL 2022 EKONOMI PAHANG)

92

KOLEKSI ZIKIR SESUAI DIAMALKAN OLEH PELAJAR DAN IBU BAPA (SPM TRIAL 2022 EKONOMI PAHANG), Setiap apa yang kita lakukan mestilah diiringi dengan doa, kesungguhan dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Bagi pelajar yang bukan islam, mereka mempunyai cara mereka tersendiri mengikut kepercayaan mereka. Seperti mana mereka menghormati cara dan kepercayaan kita, kita juga harusnya melakukan perkara yang sama.

Bila menghadapi sesuatu yang sukar, kita diajar untuk tidak berputus asa dan teruskan berusaha sehingga kita mencapai apa yang selayaknya kita capai. Pun begitu, usaha tanpa doa, percaya dan tawakkal pada Allah s.w.t tidak akan memberikan ketenangan terhadap apa yang kita usahakan.

Oleh itu, admin dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua beberapa zikir yang boleh diamalkan bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh ibu bapa untuk mendoakan kemudahan dan kelapangan hati anak-anak semasa menduduki peperiksaan.

Maklumat ini adalah rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa berkenaan kekuatan Asmaul Husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam

Allahumma 1x

Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x

Bicara hati

Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x

Ya zohir 40x

Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

Allahumma 1x

Ya Fatah 40x

Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x

Ya Baari’. 40x

Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepada-Mu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini

Ya Allah, Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.

Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah, aku tiada daya 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam, zikirlah.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

MUAT TURUN SEKARANG :

PAHANG-EKONOMI