Motivasi TIPS YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI (SPM TRIAL 2022 PRINSIP PERAKAUNAN SMKA&SABK)

TIPS YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI (SPM TRIAL 2022 PRINSIP PERAKAUNAN SMKA&SABK)

152

TIPS YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI (SPM TRIAL 2022 PRINSIP PERAKAUNAN SMKA&SABK),  Bukan semua orang dilahirkan dengan keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri perlulah dipupuk dan disematkan dalam diri setiap orang supaya kita tidak merasa terpinggir dan dibelakangkan oleh sesiapa pun. Dengan keyakinan diri yang tinggi, kita pasti dapat mencapai kejayaan dan kepercayaan orang sekeliling dalam setiap apa yang kita lakukan.

Bagaimanakah untuk membentuk keyakinan diri?

Jangan sesekali membandingkan diri anda dengan sesiapa pun. Anda adalah unik dan istimewa dengan cara anda tersendiri. Membandingkan diri itu boleh jika anda dapat membuatnya secara positif. Bandingkan diri untuk membuat diri anda berusaha menjadi lebih baik.

Sentiasalah berfikiran positif walaupun agak sukar. Ada orang yang memiliki kelebihan dari rupa paras tetapi tidak dari segi lain. Setiap sesuatu yang lebih atau kurang dalam diri kita dan orang lain adalah sesuatu yang telah Allah s.w.t tetapkan dengan sebaiknya tanpa sebab yang sia-sia.

Jaga percakapan anda dan cara bergaul dengan orang sekeliling. Seyakin mana pun diri anda, jangan sampai anda tersilap langkah dan membuatkan orang lain merasa mereka serba kekurangan dan tidak layak untuk sesuatu. Bercakap dan bertuturlah perkara yang baik-baik, bina hubungan dengan orang sekeliling dengan berasaskan sesuatu yang baik.

Bersosial dengan masyarakat juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki banyak benda dalam diri anda seperti kemahiran berkomunikas, postur dan gaya badan serta penampilan diri.

Semoga tips ini dapat membantu anda!

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

MUAT TURUN SEKARANG :

PERAKAUNAN-SMKA-SABK