Pantun & Puisi List Aktiviti Mesyuarat PIBG

List Aktiviti Mesyuarat PIBG

480

List Aktiviti Mesyuarat PIBGList Aktiviti Mesyuarat PIBG, merupakan satu maklumat yang perlu diketahui oleh kesemua guru-guru di Malaysia.Admin menyediakan bahan ini agar boleh mengambarkan di minda para guru apa yang perlu buat ketika Mesyuarat PIBG ingin dianjurkan.

Oleh yang demikian,admin berbesar hati untuk berkongsikan maklumat ini kepada para guru yang terlibat untuk menjayakan program mesyuarat PIBG sekolah dengan jayanya.

List Aktiviti Mesyuarat PIBG

Download Cepat Bahan Aktiviti Mesyuarat PIBG

Para guru boleh dapatkan dengan mendownload list-list aktiviti yang perlu dibuat sebelum,semasa dan selepas program mesyuarat PIBG.Dapatkan bahan dibawah:

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT PIBG

Perancangan Strategik PIBG

Surat Lantikan AJK PIBG

Teks Ucapan Perasmi PIBG

Semoga bahan perkongsian yang admin sediakan ini membantu dan memberi manfaat kepada semua para guru yang sangat besar jasanya kepada sistem pendidikan dibumi Malaysia yang kita cintai.

BAHAN-BAHAN LAIN UNTUK GURU BOLEH DIMANFAATKAN:

Himpunan Kertas Kerja Bulan Bahasa Kebangsaan

KERTAS MEWARNA LUKISAN KANAK-KANAK

Menteri Pendidikan : Menggesa Ibubapa Supaya Wajibkan Diri Untuk Hadir Mesyuarat PIBG

Ibu bapa digesa menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengelakkan isu berkaitan yuran dikenakan oleh pihak PIBG timbul.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, justifikasi terhadap sebarang keputusan berhubung yuran PIBG dibuat pada mesyuarat PIBG.

“Semua ibu bapa kena hadir mesyuarat PIBG kerana maklumat dan keputusan-keputusan ini dibuat dalam mesyuarat PIBG. Ibu bapa tidak hadir tiada maklumat.

“Jadi urusan pertama kena pastikan ibu bapa hadir mesyuarat PIBG. Justifikasi pembayaran dibuat dalam mesyuarat PIBG,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bagaimanakah KPM menyelia caj yuran PIBG di peringkat sekolah yang kian membebankan pihak ibu bapa.


Mesyuarat PIBG : Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing

TUJUAN MESYUARAT PIBG DILAKSANAKAN

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak lagi-lagi meningkatkan kualiti pendidikan di setiap sebuah sekolah yang diadakan.

 SEDIKIT PENGENALAN PIBG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu. Sebenarnya ibu bapa telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar.

Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharap akn dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecermelangan murid dan juga sekolah.

 MISI UTAMA PIBG
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
MATLAMAT YANG DIKEJAR PIBG
  • Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
  • Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.
  • Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
  • Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
 OBJEKTIF MESYUARAT PIBG DIWUJUDKAN

Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.

Fungsi PIBG

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasidan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan