Kertas Lukisan AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA

AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA

5315

Pastinya guru-guru sedang terfikir tentang aktiviti yang bersesuaian sempena majlis sambutan hari raya di sekolah selain dari menikmati juadah raya. Sebenarnya ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti :

  1. menyanyi / karaoke lagu raya
  2. teka-teki juadah raya
  3. sesi bermaafan murid dan guru
  4. menikmati juadah raya bersama
  5. permainan / pertandingan menganyam ketupat
  6. membuat kad ucapan raya
  7. sesi memberi kad ucapan raya kepada rakan dan guru
  8. mewarna poster raya
  9. pertandingan perhiasan kelas tercantik tema hari raya
  10. mengambil gambar raya bersama-sama

Dengan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan pada majlis sambutan hari raya, pastinya pelajar dan guru tidak akan merasa kebosanan serta dapat mencipta kenangan terindah bersama-sama.

Di sini Tcer kongsikan beberapa lembaran aktiviti yang boleh dilakukan sempena sambutan hari raya bersama pelajar. Guru hanya perlu memuat turun aktiviti ini dan mencetaknya untuk diedarkan kepada pelajar.

MUAT TURUN SEKARANG :

kad-raya-mewarna-anak2u