Kertas Kerja CONTOH KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA

CONTOH KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA

3265

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dari team SGO untuk anda semua. Selamat kembali ke sekolah juga untuk adik-adik yang telah lama bercuti sempena menyambut lebaran.

Admin yakin, ramai guru yang sekarang tengah sibuk merencanakan majlis sambutan hari raya untuk diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu,admin ingin kongsikan contoh kertas kerja sempena sambutan hari raya yang boleh guru-guru jadikan sebagai rujukan untuk membuat kertas kerja sendiri mengikut kehendak dan keperluan sekolah masing-masing.

Majlis sambutan hari raya bukanlah sesuatu yang asing bukan sahaja di rumah bahkan di sekolah, institusi pendidikan dan juga korporat. Dengan majlis sepert ini, ia bukan sahaja dapat memberikan peluang kepada kita semua untuk mengenali dengan lebih rapat, ia juga mengeratkan silaturahim serta kita juga dapat sama-sama memasak, membawa dan menikmat juadah hari raya yang kita sedia maklum hanya sering dinikmati ketika lebaran.

Sambutan seumpama ini juga dapat memberikan kenangan indah pada pelajar dan guru serta dapat mengeratkan lagi hubungan pelajar dan guru. Ia juga dapat membantu dalam membuka minda pelajar untuk memandang sekolah bukan sahaja sebagai institusi menuntut ilmu semata-mata tetapi juga sebagai tempat untuk belajar memperbaiki skil komunikasi dan bersosial.

MUAT TURUN SEKARANG :

KERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-PERINGKAT-SEKOLAH