Takwim dan Jadual PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

1121

Bagi makluman pihak ibu bapa dan penjaga kepada pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan tahun 1 untuk sesi 2024 dan 2025, permohonan untuk memasuki sekolah bagi sesi berikut telah pun dibuka pada 2 Mei 2023 baru-baru ini.

Ibu bapa dan penjaga boleh membuat permohonan secara atas talian dengan mendaftar dan mengisi maklumat yang diminta dengan lengkap. Ibu bapa dan penjaga juga diminta untuk memastikan semua maklumat dan dokumen penting yang berkaitan dengan pelajar adalah lengkap sebelum melanjutkan permohonan.

Sebagai peringatan, dokumen yang diminta juga mungkin berbeza mengikut pihak sekolah. Walau bagaimanapun, adalah menjadi kewajipan bagi ibu bapa dan penjaga untk memastikan semua dokumen berada dalam keadaan yang elok dan lengkap.

Pastikan juga ibu bapa dan penjaga membaca MANUAL PENGGUNAAN IDME PENDAFTARAN TAHUN 1 sebelum membuat pendaftaran bagi memastikan tiada kekeliruan atau kesilapan yang berlaku.

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diberikan perhatian :

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 2 MEI 2023
TARIKH PERMOHONAN DITUTUP : 30 JUN 2023

SYARAT KEMASUKAN :

  1. TAHUN 1 SESI 2023 : Lahir pada 02 Januari 2017 hingga 01 Januari 2018
  2. TAHUN 1 SESI 2024 : Lahir pada 02 Januari 2018 hingga 01 Januari 2019

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PENDAFTARAN :

  1. buku rekod kesihatan murid
  2. sijil lahir murid
  3. borang permohonan tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi secara atas talian)
  4. kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
  5. sijil nikah/daftar nikah/sijil cerai/sijil hak penjagaan (yang mana berkenaan)
  6. bil utiliti sebagai bukti alamat tempat tinggal
  7. laporan kesihatan doktor atau kad oku (jika berkenaan)
  8. borang persetujuan perkhidmatan kesi犀利士
    hatan dan imunisasi

Ibu bapa dan penjaga boleh klik SINI untuk ke laman web IdMe bagi memulakan pendaftaran.