Takwim dan Jadual JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022

JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022

108

JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022, Menjadi pelajar cemerlang adalah impian semua pelajar. Namun untuk menempah tempat di kalangan pelajar cemerlang bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak diiringi dengan usaha dan teknik yang betul. Pelajar cemerlang bukan sahaja ditentukan melalui pencapaiannya dari segi akademik, namun ia akan dinilai dari pelbagai aspek. Pun begitu, menjadi pelajar cemerlang bukan bermaksud menjadi sempurna.

Pelajar cemerlang, adalah pelajar yang tahu apa yang ia mahu, apa yang ia perlu dan apa yang ia harus lakukan. Setiap apa yang ingin dicapai memerlukan teknik yang berbeza dan bersesuaian bagi memastikan keberkesanan dan kebolehcapaian sesuatu yang dinginkan.

Ada beberapa tips atau teknik yang dikongsikan oleh Dato Dr.Haji Fadhilah Kamsah yang sangat disarankan untuk diamalkan oleh para pelajar dalam membentuk diri menjadi pelajar cemerlang. Berikut adalah tips yang dikongsikan :

  1. Pelajar disarankan untuk belajar teknik meransang memori iaitu :
  • Memasukkan maklumat ke dalam memori a.k.a registration
  • Menyimpan maklumat ke dalam sel memori a.k.a retention
  • Mengingat kembali a.k.a recall
  • Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain a.k.a application
  1. Pelajar juga digalakka untuk mengamalkan sikap Awal dan mendahului yang membawa maksud :
  • Membuat persediaan awal dalam pembelajaran, bukan sahaja mendatangkan banyak manfaat tetapi juga akan memberi tanggapan positif pada guru.
  • Dengan persediaan awal, pelajar lazimnya dapat mengekalkan keputusan cemerlang.
  • Belajar awal atau ulang kaji awal sebelum tekanan adalah lebih baik dari belajar ketika dalam keadaan tertekan.
  • Kaji dan baca topik yang bakal diajar oleh guru sebelum guru mula mengajar.
  1. Bijak mengatur jadual ulangkaji. Ini memerlukan pelajar untuk :
  • Membuat sendiri jadual belajar kerana anda lebih tahu mengenai kemampuan diri dan masa anda.
  • Patuh kepada jadual yang dibuat.
  • Buat jadual yang anda boleh ikut tanpa tekanan.

Oleh itu, bagi membantu ibu bapa dan juga guru dalam mendidik anak-anak, admin kongsikan juga beberapa latihan, nota dan aktiviti yang boleh membantu meransang minda anak-anak.

Lembaran latihan ini disediakan oleh guru yang sangat berpengalaman dan dengan teknik yang sangat menarik bagi membantu pelajar untuk lebih tertarik dan mudah memahami topik yang disampaikan.

MUAT TURUN SEKARANG :

JWP SPM 2022