Takwim dan Jadual Takwim Aktiviti Persekolahan Sesi 2021

Takwim Aktiviti Persekolahan Sesi 2021

2511

Takwim Aktiviti Persekolahan Sesi 2021

Takwim Aktiviti Persekolahan Sesi 2021. Takwim bagi sesi persekolahan Tahun 2021 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi peringkat Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

Takwim atau disebut juga kalendar boleh didefinisikan sebagai satu jadual atau sistem susunan waktu yang lebih terperinci. Ia terdiri daripada tahun, bulan, minggu dan hari yang akan disusun secara sistematik agar memudahkan segala program-program di sekolah dapat dilaksanakan dengan teratur.

Info Tentang Takwim

Takwim adalah satu susunan masa yang mempunyai hubung kait dengan aktiviti harian manusia dari segi hal berkaitan kehidupan harian, hal keagamaan dan lain-lain. Ia dibina agar dapat membantu manusia menguruskan kehidupan dengan lebih sistematik dan efektif. Jika dilihat dari sudut Takwim Hijrah, takwin ini digunakan bagi menentukan bulan-bulan seperti Ramadhan, Syawal dan hari melakukan ibadat seperti hari wukuf dan sebagainya.

Lazimnya, takwim aktiviti sekolah ini akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyusun dan merancang dasar-dasar untuk keperluan sistem pendidikan terutamanya sesi persekolahan. Para guru selalunya menggunakan takwim sebagai sumber rujukan atau panduan untuk memudahkan mereka untuk merancang serta melakukan program-program di sekolah.

Disamping itu, guru juga boleh membuat penambahan atau penambahbaikan sekiranya terdapat aktiviti dan program tambahan yang akan dilaksanakan di sekolah. Guru perlu memaklumkan kepada pihak pentadbiran agar program tersebut dicatatkan di ruangan rujukan di dalam takwim.

Dengan wujudnya takwim ini, segala aktiviti atau program yang bakal dilakukan dapat dirancang dengan lebih teliti dan teratur mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, dimana program-program ditunda, segala pindaan atau menyusunan semula perlu dimaklumkan kepada pihak pentadbiran.

Awal tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa sistem persekolahan yang dibuka akan mengikut takwim 2021.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan sentiasa memantau keadaan sekolah di seluruh Malaysia dari masa ke semasa bagi memastikan tahap kesihatan seluruh warga pendidikan diutamakan dan berada dalam keadaan selamat.

Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu bagi institusi pendidikan.

Dapatkan “Takwim Aktiviti Sekolah 2021” di sini


Di sini kami ingin kongsikan Takwim Aktiviti Sekolah 2021 bagi memudahkan guru-guru untuk merancang segala program yang akan dijalankan di sekolah. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download :

  • Takwim Aktiviti Persekolahan Sesi 2021

Kepentingan Takwim Sekolah

  • Segala aktiviti atau program yang akan dijalankan di sekolah dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik
  • Aktiviti yang dirancang perlu dipersetujui oleh pihak terlibat seperti guru, pengurusan sekolah dan pentadbiran sekolah
  • Tiada masalah program tertindih atau dilakukan tidak sesuai waktu
  • Memastikan murid-murid dapat faedah daripada aktiviti yang dilaksanakan

Perkongsian Bersama

Diharap dengan perkongsian kami Takwim Aktiviti Sekolah 2021 ini dapat dijadikan panduan kepada para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam merancang dan mengatur segala aktiviti atau program sekolah yang ingin dianjurkan. Guru-guru juga boleh menambahbaik takwim ini sekiranya terdapat penambahan program sekolah yang ingin dilaksanakan.

Anda juga boleh dapatkan pelbagai bahan-bahan berkaitan isu pendidikan seperti Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dan Kompilasi Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran sebagai sumber rujukan yang dapat digunakan bersama dan memberi manfaat kepada orang ramai.