RPH Pembahagi Fail RPH Hari Kelepasan Am Persekutuan Sesi 2021

Pembahagi Fail RPH Hari Kelepasan Am Persekutuan Sesi 2021

2323

Pembahagi Fail RPH Cuti Umum 2021

Pembahagi Fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Hari Kelepasan Am Persekutuan 2021. Rancangan Pengajaran Harian merupakan rekod atau pelaporan yang mesti disediakan oleh guru-guru sebelum memulakan proses pengajaran. Rancangan Pengajaran Harian adalah berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan.

Untuk menyediakan RPH, beberapa elemen utama perlu ada di dalamnya seperti:-

  • Matlamat pengajaran dan pembelajaran
  • Set induksi
  • Strategi dalam mencapai matlamat atau objektif pengajaran
  • Penutup- matlamat pengajaran tercapai atau tidak

Dalam konteks lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu plan tindakan atau template dimana segala isi, topik dan aktiviti yang dilakukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan disediakan oleh guru sebelum mula mengajar. Cara penyediaannya perlulah secara kemas tersusun dan lengkap agar pihak pentadbiran boleh memahami apabila disemak.

Kegunaan utama dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ini adalah untuk memastikan matlamat atau objektif pengajaran boleh dicapai dengan jayanya. Bagi menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang baik dan sistematik, beberapa perkara telah ditetapkan mengikut pekeliling oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

 Rancangan Pengajaran Harian

Guru-guru digalakkan menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang teratur dan kemas agar semua pihak dapat memahami isi kandungan di dalam Rancangan Pengajaran Harian.

Guru-guru bebas untuk menggunakan apa jua cara atau bahan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ini asalkan ianya munasabah dan boleh difahami untuk disemak oleh pihak pentadbiran sekolah.

Mengikuti peredaran zaman teknologi yang makin berkembang maju, kini Rancangan Pengajaran Harian boleh disediakan melalui sistem online dengan menggunakan e-RPH. Dengan sistem e-RPH ini, ia memudahkan lagi segala kerja guru.

Namun begitu, terdapat juga guru-guru yang masih suka atau selesa menggunakan buku yang dibekalkan dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Majoriti guru sekarang banyak menggunakan fail kerana ia lebih memudahkan kerja mereka untuk menyusun Rancangan Pengajaran Harian di dalam fail, mereka tidak perlu membazirkan waktu dengan memotong dan menampal kertas. Mereka hanya perlu mencetak rekod harian dan memasukkan ke dalam fail Rancangan Pengajaran Harian mereka.

Dapatkan “Divider Fail RPH 2021 Cuti Umum” di sini


Di sini kami ingin kongsikan divider fail Rancangan Pengajaran Harian mengikut cuti umum bagi sesi persekolahan 2021. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  • Pembahagi/Divider Fail RPH 2021 Hari Kelepasan Am

Mengapa Rancangan Pengajaran Harian Penting

  • Agar matlamat proses pengajaran dan pembelajaran dapat diperoleh selepas waktu pengajaran
  • Memberikan kesan positif kepada guru dari segi keyakinan diri sebelum memulakan proses pengajaran
  • Memastikan guru sentiasa berada pada arah yang betul dan tepat berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentafsiran (DSKP) yang telah ditetapkan.
  • Dapat menyampaikan isi di dalam topik pembelajaran dengan tepat ketika proses pengajaran dan pembelajaran
  • Memilih strategi pengajaran yang efektif dalam usaha membimbing murid agar dapat menguasai perkara yang diajar di dalam kelas
  • Dapat menggunakan masa yang ditetapkan dengan teratur
  • Membuat persediaan awal dalam membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik diajar

Semoga perkongsian Pembahagi Fail RPH Hari Kelepasan Am Persekutuan 2021 ini dapat membantu guru-guru dalam menyiapkan rancangan pengajaran harian yang lengkap dan teratur. Perkongsian ini juga boleh digunakan di semua peringkat sekolah.

Anda juga boleh dapatkan pembahagi RPH mengikut minggu di laman web kami Pembahagi Fail RPH 2021 Negeri Kumpulan A dan B, cara menyediakan e-RPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian dalam bentuk Softcopy. Pelbagai lagi maklumat terkini dan menarik kami sediakan di Portal Sistem Guru Online.