Buku Panduan & Pengurusan Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran

Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran

12114

Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran

Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran ini merupakan perkara-perkara penting yang perlu ada dalam penyediaan sesebuah Fail Panitia Mata Pelajaran. Fail panitia ini diperlukan sebagai salah satu evidens bagi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2), yang mana terkandung dalam: 3.1 Pengurusan kurikulum di bawah aspek pengurusan mata pelajaran.

Elemen penting yang perlu diketahui oleh para guru dalam penyediaan fail panitia ini adalah senarai nama fail, senarai kandungan, dan juga jenis fail yang dikehendaki. Penting untuk difahami bahawa susunan bahan dalam fail ini perlulah mengikut tertib. Setiap jenis nama fail ini mempunyai kandungan utamanya yang tersendiri. Selain itu, para guru juga dinasihati agar mengambil maklum terlebih dahulu tentang jenis fail yang diperlukan mengikut senarai kandungan.

Senarai Nama Fail

Terdapat 10 jenis nama fail yang perlu diketahui oleh para guru dalam menyediakan fail panitia ini, iaitu:

  1. Fail Induk (pengurusan dan perancangan)
  2. Sukatan Pelajaran (bahan-bahan keperluan dalam membantu pengajaran)
  3. Mesyuarat Panitia (menyimpan segala aktiviti mesyuarat panitia yang diadakan tiga hingga empat kali setahun)
  4. Program Kecemerlangan (menyimpan segala maklumat berkaitan program kecemerlangan dalam setahun)
  5. Peperiksaan (menyimpan segala urusan berkaitan peperiksaan yang diadakan)
  6. Penyeliaan/Pencerapan (menyimpan segala maklumat berkenaan aktiviti pencerapan/penyeliaan yang diadakan dalam setahun berdasarkan keperluan semasa dan pentadbir)
  7. Penyemakan Buku Latihan Murid (memastikan pemantauan kualiti dan proses pembelajaran yang konsisten)
  8. Aktiviti Koakademik (menyimpan segala maklumat berkaitan aktiviti tersebut)
  9. Bank Soalan (menyimpan koleksi semua jenis peperiksaan untuk rujukan guru-guru)
  10. Maklumat Guru (menyimpan maklumat berkenaan guru-guru yang terlibat di bawah pelaksanaan panitia)

Senarai Kandungan Fail

Senarai kandungan fail adalah berbeza mengikut setiap jenis nama fail, iaitu:

Fail Induk:

  • Surat-surat Perhubungan Luar/Dalaman
  • Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
  • Senarai Nama Guru Mata Pelajaran dan Kelas
  • Pekeliling-pekeliling Ikhtisas berkaitan Panitia
  • ABM/Kewangan Panitia

Sukatan Pelajaran:

  • Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
  • Huraian Sukatan Pelajaran
  • Rancangan Pelajaran Tahunan
  • Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
  • Senarai buku teks dan rujukan
  • Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan

Mesyuarat Panitia:

  • Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
  • Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (asal) berserta Minit Mesyuarat
  • Kehadiran Mesyuarat
  • Rekod Edaran Minit Mesyuarat
  • Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
  • Maklum Balas Mesyuarat (asal dan terkini)

Program Kecemerlangan:

  • Pelan Strategik
  • Laporan-laporan Program
  • Program Perkembangan Staf
  • Kajian Tindakan (jika ada)

Peperiksaan:

  • Jadual Peperiksaan
  • Jadual Penyediaan Soalan
  • Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
  • Analisis Headcount
  • Post-Mortem / Audit Akademik

Penyeliaan/Pencerapan:

  • Jadual Penyeliaan
  • Borang Penyeliaan
  • Laporan Kekuatan/Kelemahan

Penyemakan Buku Latihan Murid:

  • Jadual Semakan
  • Borang Penyemakan
  • Laporan Kekuatan/Kelemahan

Aktiviti Koakademik:

  • Surat Menyurat
  • Aktiviti Tahunan
  • Laporan Aktiviti

Bank Soalan:

  • Soalan-soalan Peperiksaan Sekolah
  • Soalan-soalan Setara Daerah / Negeri
  • Soalan-soalan Peperiksaan Awam

Maklumat Guru:

  • Jadual Waktu Persendirian
  • Maklumat Asas, Akademik, dan Ikhtisas Guru
  • Sijil-sijil Penyertaan/Penghargaan Panitia

Jenis Fail yang Digunakan

Fail Panitia Mata Pelajaran menggunakan dua jenis fail utama, iaitu

  • Fail Am 435-Pin 1/80
  • Fail Keras

Dapatkan “Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran” di sini


Di sini admin nak kongsikan senarai semak bagi penyediaan sesebuah fail panitia. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download :

Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran

 

Diharapkan perkongsian Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran ini dapat memberikan panduan lengkap kepada para guru khususnya dalam menyediakan Fail Panitia Mata Pelajaran.

Anda juga mungkin tertarik dengan perkongsian berkenaan Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia ataupun boleh juga terus layari laman web Sistem Guru Online dan buat carian bahan yang dikehendaki.