Buku Panduan & Pengurusan Tugas Kerja dan Fail Meja Guru Besar

Tugas Kerja dan Fail Meja Guru Besar

3301

Tugas Kerja dan fail meja Guru Besar

Tugas Kerja dan Fail Meja Guru Besar adalah berkenaan tentang perincian senarai tugas guru besar dan juga panduan bagi pegawai baru yang dilantik memegang jawatan guru besar.

Individu yang memainkan peranan sebagai seorang pemimpin pengajaran yang berkesan di sekolah adalah Guru Besar atau Pengetua. Peranannya sebagai pemimpin utama meliputi tugas mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah pada tahap yang lebih berdinamik dan berdaya saing bagi tujuan mencapai matlamat dasar pendidikan negara.

Bidang Tugas Guru Besar

Guru besar secara dasarnya memegang tugas dalam menguruskan hal-hal berkenaan dengan sekolah. Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik kesan daripada perkembangan ilmu pengetahuan yang berterusan. Penambahbaikan sekolah adalah satu usaha dan satu perubahan untuk memajukan sekolah selaras dengan perkembangan pendidikan semasa. Berikut merupakan tugas-tugas utama Guru besar:

  1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
  2. Pengurusan Kurikulum
  3. Pengurusan Kokurikulum
  4. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar
  5. Pengurusan Kewangan
  6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat
  7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal sekolah
  8. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
  9. Pengurusan Perhubungan Luar

Sekolah merupakan salah satu aspek penting dalam pembinaan generasi mada depan dan sebagai seorang pemimpin sekolah, guru besar bertanggungjawab untuk memastikan sekolahnya berada pada laluan yang betul dalam mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kepimpinannya dimana guru besar dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama warga sekolah untuk mencapai sasaran visi sekolah.

Ciri-ciri Sekolah Berkesan

Dalam usaha menjadikan sekolah berkesan, guru besar selaku pemimpin perlulah bijak mengesan, mengenalpasti dan menilai segala kelemahan dan kekuatan dari aspek pengurusan, sumber manusia dan fizikal yang terdapat di sekolah bagi tujuan perubahan dan penambahbaikan. Proses penambahbaikan adalah proses perubahan yang sistematik terhadap pembelajaran dan faktor-faktor dalaman sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan yang berkesan.

  1. Guru besar memiliki kepimpinan yang utuh dengan menumpukan kepada pengurusan terhadap peningkatan kualiti pengajaran
  2. Mewujudkan persekitaran persekolahan yang mempunyai pelajar yang telah berada pada tahap yang ditetapkan terlebih dahulu dan tidak rendah daripada itu
  3. Tidak mempunyai peraturan yang ketat dan tanpa penindasan tetapi bersifat kondusif untuk suasana pembelajaran
  4. Mementingkan aspek pengajaran di mana sekolah berusaha bagi memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberikan kebaikan
  5. Mengesan kemajuan murid secara sistematik di mana guru besar dan guru-guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada keperluan dan objektif pengajaran

Dapatkan “Tugas Kerja dan Fail Meja Guru Besar” di sini


Fail Meja dan Tugas Kerja ini telah dispesifikasikan kepada jawatan Guru Besar. Sila download pada link dibawah untuk mengakses Fail Meja berkenaan.

Download : Link Download disini

Kepimpinan sekolah pada masa kini perlu diubah sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam bidang pembangunan profesionalisma guru-guru. Faktor pembangunan profesionalisma guru adalah penting kerana ia berkait rapat dengan pencapaian akademik dan kurikulum pelajar yang menjadi penanda aras sekolah berkesan. Justeru itu, guru besar perlulah meneruskan pembelajarannya supaya memiliki pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terbaru berkaitan dengan profesion ini.

Program-program seperti pembangunan guru, penambahbaikan dalam aspek mentoring, pengurusan bilik darjah, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta perkongsian guru-guru adalah antara perkara asas yang perlu ditekankan oleh setiap pemimpin sekolah.

Selain tugas kerja dan fail meja Guru besar, kami juga pernah berkongsi tentang Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dimana tugas dan bidang kerjanya telah diperincikan lagi untuk jawatan tersebut.