Modul Latihan Badminton Untuk Guru ini disediakan supaya menjadi garis panduan bagi para guru. Khasnya kepada guru-guru yang menjadi guru penasihat bagi kelab sukan di sekolah masing-masing.
Modul ini ialah hasil usaha diantara Bahagian Pendidikan Guru(BPG) dan juga Bahagian Sukan. Bahagian Pendidikan Guru juga berhasrat untuk memperbanyakkan kursus-kursus pentauliahan kejurulatihan mahupun kepegawaian sukan yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara mahupun Persatuan Sukan Kebangsaan.
Contents
1 Murid 1 Sukan
Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 yang lalu. Dasar ini diperkenalkan untuk menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri mereka didalam aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Dasar ini juga dapat melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Guru-guru dapat mencungkil bakat para pelajar di dalam bidang sukan dan permainan. Bakat mereka dapat disuburkan lagi dengan latihan dan bimbingan para guru. Murid yang terlatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya. Tidak lupa juga bahawa dasar ini dapat memupuk semangat kesukanan dan kerjasama serta tidak lupa juga akan semangat perpaduan kaum dalam kalangan para pelajar. Jelaslah bahawa dasar 1 Murid 1 Sukan ini merupakan transformasi yang banyak manfaatnya terhadap perkembangan sistem pendidikan di negara kita.
Badminton
Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809 dan dikenali sebagai Poona. Diperingkat awal dahulu permainan ini tidak mempunyai sebarang undang-undang yang ditetapkan. Pemain hanya memukul-mukul bulu tangkis mereka. Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa(IBF) telah ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan permainan badminton. Pada tahun yang sama juga, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh J.L Wood dari Negeri Perak Darul Ridzuan.
Dapatkan “Keywords Tajuk” di sini
Di sini admin nak kongsikan untuk para guru sekalian untuk mendapatkan Modul Latihan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Modul Latihan Badminton Untuk Guru
Guru-guru sekolah rendah boleh dapatkan Modul Latihan UPSR Bahasa Melayu.
Pengurusan Kelab Sukan
Pengenalan
Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu:
- Merancang; melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk mencapai objektifnya.
- Mengelola; merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan.
- Memimpin; proses mempengaruhi murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat kelab sukan.
- Mengawal; proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.
PENUBUHAN KELAB
- Mengenal pasti kepakaran guru; sebelum melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlu mengambil kira kepakaran yang terdapat pada guru itu sendiri.
- Kemudahan prasarana sukan; memainkan peranan dalam pelaksanaan program sukan di sekolah. Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu bijak menyusun program-program sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yang mempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancangprogram sukan di sekolah.
- Peralatan sukan yang tersedia ; Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, bilangan murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihat yang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan.
Harapan
Diharapakan dengan perkongsian Modul Latihan Badminton Untuk Guru ini memberi manfaat kepada para guru sama ada guru yang berada di sekolah rendah mahupun para guru yang berada di sekolah menengah.