RPH Pembahagi Fail Rancangan Pengajaran Harian Negeri Kumpulan A & B 2021

Pembahagi Fail Rancangan Pengajaran Harian Negeri Kumpulan A & B 2021

4531

divider rph

Pembahagi atau Divider Fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Negeri Kumpulan A 2021 ini dibahagikan mengikut minggu.

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod atau laporan yang wajib disediakan oleh setiap guru di Malaysia ini. Rancangan Pengajaran Harian juga merupakan interpretasi daripada Rancangan Pelajaran Tahunan.

Ia mengandungi beberapa maklumat penting seperti:-

  • Objektif pengajaran
  • Bagaimana langkah-langkah untuk mencapai objektif
  • Adakah objektif tercapai di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran

Lebih mudah difahami, Rancangan Pengajaran Harian adalah rangka atau template dimana semua kerja dan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlu disediakan oleh guru. Guru-guru perlu menyediakannya secara teratur dan terperinci agar mudah difahami oleh pihak pentadbiran.

Tujuan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ini adalah bagi memastikan guru-guru mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan dan ia terdiri daripada beberapa elemen penting yang perlu ditulis.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Dalam menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang kemas dan menarik, guru-guru boleh menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk menyediakannya.

Terdapat pelbagai template dan format boleh digunakan seperti pembahagi atau divider Rancangan Pengajaran Harian bagi memudahkan penyusunan fail.

Pembahagi atau divider ini bertujuan untuk membahagikan Rancangan Pengajaran Harian mengikut minggu demi minggu agar mudah disemak oleh pihak pentadbiran.

Dalam proses penyediaan rancangan pengajaran harian, guru-guru diberi kebebasan untuk menyediakannya dalam cara apa jua bahan asalkan ianya boleh dibaca dan munasabah untuk disemak. Dengan teknologi yang sudah berkembang maju, guru kini boleh menyediakan Rancangan Pengajaran Harian menggunakan e-RPH melalui online.

Namun, ada juga segelintir guru masih menggunakan buku tebal untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Ada juga menggunakan fail dimana ia lebih memudahkan guru untuk menyusun Rancangan Pengajaran Harian, mereka tidak perlu memotong kertas dan menggunakan gam untuk menampal, mereka hanya perlu masukkan sahaja rekod pengajaran dan surat-surat berkaitan di dalam fail.

Dapatkan “Divider Fail RPH 2021” di sini


Di sini admin ingin kongsikan divider fail Rancangan Pengajaran Harian bagi sesi 2021. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  • Pembahagi/Divider Fail RPH 2021 Negeri Kumpulan A
  • Pembahagi/Divider Fail RPH 2021 Negeri Kumpulan B

Elemen penting dalam Rancangan Pengajaran Harian

  • Kelas atau kumpulan sasaran
  • Tarikh dan masa
  • Subjek atau mata pelajaran yang diajar
  • Topik/Tema
  • Objektif
  • Hasil pengajaran
  • Bahan bantu mengajar
  • Aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian

  1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta objektif pengajaran dapat dicapai
  2. Guru akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebelum mula mengajar
  3. Memastikan guru mengajar mengikut Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan
  4. Memilih isi yang mencukupi untuk diajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
  5. Menentukan kaedah pengajaran yang terbaik dalam membantu murid memahami topik yang diajar seperti melakukan aktiviti di dalam kelas
  6. Dapat menggunakan masa yang diperuntuk dengan baik dan sistematik
  7. Membina alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik pengajaran

Semoga perkongsian Pembahagi Fail Rancangan Pengajaran Harian Negeri Kumpulan A 2021 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian yang baik dan sistemaik. Perkongsian ini juga boleh digunakan oleh semua peringkat persekolahan dari peringkat sekolah rendah mahupun peringkat sekolah menengah.

Anda juga boleh dapatkan cara menyediakan e-RPH dengan perkongsian kami sebelum ini, Rancangan Pengajaran Harian dalam bentuk Softcopy, dimana ia lebih memudahkan kerja harian guru dan juga pihak pentadbiran untuk menyemaknya.