Buku Panduan & Pengurusan Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

3667

KOMPILASI MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu ini merupakan himpunan beberapa minit mesyuarat Panitia Bahasa Melayu yang biasanya diadakan di peringkat sekolah. Perkongsian ini dibawakan khas kepada para guru yang mencari kompilasi lengkap minit mesyuarat panitia bahasa Melayu yang terdiri daripada minit mesyuarat kali pertama hingga minit mensyuarat kali keempat.

Pengendalian mesyuarat ini perlu dilaksanakan secara terancang dan sistematik bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama dan komitmen antara ahli yang terlibat amatlah dituntut dalam menjamin kelangsungan mesyuarat dari masa ke masa.

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

Antara intipati penting yang perlu dimasukkan ke dalam perbincangan mesyuarat panitia bahasa Melayu, iaitu:

  1. Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bahasa Melayu yang terkini.
  2. Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
  3. Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks bahasa Melayu.
  4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan Bahan Bantu Mengajar khususnya bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
  5. Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut.
  6. Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilaksankan.
  7. Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang bersesuaian.
  8. Membincangkan teguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Pejabat Pendidikan Daerah, serta lain-lain yang berkaitan.
  9. Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru dan mengambil respon serta-merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan.
  10. Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pangajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada.
  11. Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.

Minit Mesyuarat Bahasa Melayu 

Berikut merupakan beberapa Minit Mesyuarat Bahasa Melayu mengikut peringkat, iaitu:

Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Pertama

  • Mesyuarat pertama kali
  • Dilakukan pada awal persekolahan (bulan Januari)

Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Kedua

  • Susulan daripada mesyuarat bahasa Melayu pertama
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara pertengahan penggal pertama persekolahan sehingga penghujung penggal pertama (antara bulan Mac sehingga Mei)

Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Ketiga

  • Susulan daripada mesyuarat bahasa Melayu kedua.
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara permulaan penggal kedua persekolahan sehingga pertengahan penggal kedua. (antara bulan Julai sehingga September)

Minit Mesyurat Bahasa Melayu Keempat

  • Susulan daripada mesyuarat bahasa Melayu ketiga.
  • Dilakukan pada penghujung penggal kedua persekolahan. (bulan November sehingga Disember)

Dapatkan “Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu” di sini


Di sini admin nak kongsikan beberapa Minit Mesyurat Panitia Bahasa Melayu yang terdiri daripada minit mesyuarat pertama sehingga minit mesyuarat keempat. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali Pertama
  2. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali Kedua
  3. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali Ketiga
  4. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali Keempat

 

Diharapkan perkongsian Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu ini dapat membantu guru-guru panitia Bahasa Melayu dalam merencanakan mesyuarat-mesyuarat yang bakal dikendalikan sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Semoga para guru dapat memanfaatkan bahan-bahan dalam perkongsian ini dengan sebaiknya.

Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia ataupun Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran untuk keperluan dokumentasi para panitia di sekolah. Selain itu, terdapat juga perkongsian lain dari semasa ke semasa yang boleh didapatkan melalui laman sesawang Sistem Guru Online.