Boleh dapatkan Buku Program Amali Sembelihan disini! Apabila tibanya musim raya korban akan berlangsungnya pelbagai program yang melibatkan ibadah korgban bagi umat Islam. Antaranya adalah program amali sembelihan peringkat sekolah yang mana di anjurkan oleh guru-guru di sekolah. Daripada program ini akan diterbitkan buku program amali sembelihan untuk makluman kepada ibu bapa dan kepada peserta.
Buku program amali sembelihan ialah merupakan dalam buku perancangan selepas kertas kerja program amali sembelihan di siapkan. Yang mana ia kemudiannya akan diedarkan secara bentuk PDF atau risalah kepada ibu bapa dan peserta. Ada contoh buku program amali sembelihan yang anda boleh ikuti melalui artikel kali ini dari kami.
Contents
Apa itu Buku Program Amali Sembelihan?
Buku program amali sembelihan adalah merupakan buku yang dikeluarkan untuk memaklumkan berkenaan pengenalan, perancangan,dan susun atur aktivit program amali sembelihan untuk dibagikan makluman kepada ibu bapa dan pelajar yang menyertai.
Secara umumnya, buku program akan diedarkan dalam bentuk risalah kertas yang ringkas dan padat dengn input berkenaan program yang akan dianjurkan.
Download Bahan Buku Program Amali Sembelihan
Untuk mereka yang hendak mendapatkan contoh buku program amali sembelihan, anda boleh muat turun percuma melalui pautan yang kami sediakan dibawah. Bahan perkongsian ini adalah dikongsikan bagi tujuan pembelajaran dan perkongsian maklumat sahaja.
Buku program amali sembelihan ini adalah dari SK Taman Dato Harun. Sekolah tersebut telah menganjurkan program kursus sembelihan My Harun di peringkat sekolah rendah dengan pelbagai aktiviti diperkenalkan kepada para peserta. Bentuk buku program ini juga terlihat kemas dan mempunyai infografik menarik.
Panduan Buat Buku Program Amali Sembelihan
Bagi makluman semua, buku program adalah diterbitkan berdasarkan objektif, tujuan dan lain-lain maklumat yang didapati melalui perancangan dari kertas kerja amali sembelihan yang telah dimuktamadkan oleh pihak penganjur.
Objektif membuat buku program adalah untuk memaklumkan dan menjelaskan apakah program dibuat, dimana, masa dan lain-lain yang berkaitan dengan program amali sembelihan.
Untuk membuat buku program, ia adalah terdapat beberapa perkara yang perlu diperkirakan. Berikut adalah merupakan cara buat buku program amali sembelihan:
- Muka Depan Utama. Pastikan paparan utama bagi makluman program adalah menarik dan dilengkapi dengan ciri-ciri khas dan formal dengan gambar atau logo penglibatan penganjur dan pihak sekolah.
- Input disusun dengan teratur. Anda perlu mempunyai pendahuluan yang kemudian disusuri beberapa perkara lain seperti objektif program, tempat program dan lain-lain.
- Nombor untuk pertanyaan lanjut. Penting juga meletakkan maklumat yang boleh dihubungi kepada pihak anda sekiranya peserta atau penjaga mempunyai kepentingan untuk menghubungi penganjur untuk soalan lebih lanjut.
Kepentingan Buku Program Amali Sembelihan
Sangat kritikal untuk menyediakan buku program untuk amali sembelihan kerana atas beberapa benda. Anda perlu mengambil kira kerana program yang dianjurkan oleh sekolah adalah merupakan program rasmi yang melibatkan pelajar dan para ibu bapa bagi mengetahuinya dengan secara jelas.
Dibawah adalah beberapa kepentingan untuk menyediakan buku program amali sembelihan:
- Memaklumkan secara terperinci. Ibu bapa dan penjaga boleh mengetahui berapa perkara mengenai program dan dapat memberi tumpuan untuk anak jagaan mereka.
- Menolong ibu bapa untuk memahami. Dari buku program, ibu bapa akan memahami sebab mereka perlu bagi menghantar anak mereka sertai program kerana dirasakan sangat bermanfaat dan boleh menambah pengetahuan melalui senarai aktiviti yang menarik.
- Mengkhabarkan berapa jumlah bayaran penyertaan. Hasil melalui penyediaan buku program ini, ibu bapa akan lebih terbuka dalam menyumbangkan dana dan bayaran program.
- Mengetahui aktiviti yang terlibat. Ibu bapa boleh mengetahui tentatif program anak mereka sertai. Segalanya perlu dijelaskan dalam senarai atau jadual tentatif program.
Penyertaan program amali sembelihan di kalangan pelajar akan memberi kesan baik dan menambah pengetahuan mereka berkenaan ibadah sembelihan korban yang memerlukan tunjuk ajar dari amali. Pelajar boleh membuat sembelihan korban dengan dipantau oleh guru yang terlibat. Ibu bapa tidak perlu ragu selagi perogram yang dirancangkan ini adalah dibawah pantauan guru.