Mana nak dapatkan Buku Program Simulasi Haji? Apabila tibanya musim haji akan berlangsungnya pelbagai program yang melibatkan ibadah haji. Antaranya adalah program simulasi haji peringkat sekolah yang mana di anjurkan oleh guru-guru di sekolah. Lalui program ini akan diterbitkan buku program simulasi haji bagi makluman kepada ibu bapa dan kepada peserta.
Buku program simulasi haji adalah merupakan dalam perancangan selepas kertas kerja program haji di siapkan. Dia kemudiannya akan diedarkan secara bentuk risalah kepada ibu bapa dan peserta. Terdapat contoh buku program simulasi haji yang anda boleh ikuti melalui perkongsian kami.
Contents
Apa itu Buku Program Simulasi Haji?
Buku program simulasi haji adalah merupakan buku yang diterbitkan sesuai dengan pengenalan, perancangan,dan tentatif program simulasi haji untuk diberikan makluman kepada ibu bapa dan pelajar yang menyertai.
Kebiasaannya buku program akan diedarkan dalam bentuk risalah kertas yang padat dengn input berkenaan program yang bakal dianjurkan.
Download Bahan Buku Program Simulasi Haji
Bagi mereka yang ingin mendapatkan contoh buku program simulasi haji, anda boleh muat turun percuma melalui pautan yang admin edu.sistemguruonline sediakan.
Bahan ini adalah dikongsikan untuk tujuan pembelajaran dan perkongsian maklumat sahaja.
Buku program simulasi haji ini adalah dari SK Subang. Mereka telah menganjurkan program simulasi haji di peringkat sekolah rendah dengan pelbagai aktiviti diperkenalkan kepada para peserta. Rekaan buku program ini juga terlihat kemas dan meyakinkan. Sesuai untuk para guru mencontohi contoh buku program dari SK Subang ini.
Cara Buat Buku Program Simulasi Haji
Untuk pengetahuan semua, buku program adalah dibuat berdasarkan objektif, tujuan dan lain-lain maklumat yang didapati melalui perancangan hasil kertas kerja yang telah dimuktamadkan oleh pengajur.
Tujuan membuat buku program adalah penting untuk memberitahu dan menjelaskan apakah program dibuat, dimana, bila dan lain-lain yang berkaitan dengan program.
Bagi membuat buku program adalah terdapat beberapa perkara yang perlu diambil cakna. Berikut adalah merupakan cara buat buku program:
- Muka Depan. Pastikan muka depan bagi makluman program adalah menarik dan dilengkapi dengan ciri-ciri formal dengan gambar atau logo penglibatan pengajur dan sekolah.
- Isi perlulah disusun dengan teratur. Pertama sekali perlu mempunyai pendahuluan yang kemudian disusuri beberapa makluman lain seperti objektif program, tempat progran, atur masa, tentatif dan lain-lain.
- Maklumat boleh dihubungi. Perlu juga meletakkan maklumat yang boleh dihubungi sekiranya peserta atau penjaga mempunyai keperluan untuk menghubungi penganjur untuk soalan lebih lanjut dan lain-lain perkara.
Kepentingan Buku Program Simulasi Haji
Penting untuk menyediakan buku program untuk simulasi haji kerana atas beberapa perkara. Ini adalah mengambil kira kerana program yang dianjurkan oleh sekolah adalah merupakan program rasmi dan perlu untuk para ibu bapa mengetahuinya dengan secara jelas.
Berikut adalah beberapa kepentingan untuk menyediakan buku program simulasi ibadah haji:
- Memberitahu secara terperinci. Ibu bapa dan penjaga dapat mengetahui berapa perkara mengenai program dan dapat memberi tumpuan untuk anak jagaan mereka sertai.
- Membantu ibu bapa memahami. Melalui buku program, ibu bapa akan memahami kenapa mereka perlu untuk menghantar anak mereka sertai program kerana dirasakan sangat bermanfaat dan menambah pengetahuan melalui senarai objektif program.
- Memberitahu berapa jumlah kos program. Dengan melalui penyediaan buku program ini, ibu bapa akan lebih terbuka untuk menyumbangkan dana dan bayaran program kerana terdapatnya hitam putih yang jelas berkenaan program yang diadakan.
- Memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan tentatif program. Ibu bapa boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program yang anak mereka sertai. Bila bermula dan bila berakhir segalanya terjawab melalui buku program yang diedarkan.
Bagi penganjuran program simulasi ibadah haji sememangnya memberi kesan yang sangat positif dan menambahkan pengetahuan pelajar berkenaan ibadah haji. Mereka juga akan merasai bagaimana contoh ibadah haji itu sendiri. Ibu bala seharusnya menyokong sepenuhnya program berkenaan simulasi haji yang mendidik jiwa dan minat anak dalam mempelajari ilmu agama.
Bagi guru pula, melalui penganjuran program ini akan membantu meningkatkan skill dalam pengurusan program dan skill leadership.