Kertas Kerja Himpunan Bahan Kertas Kerja Program Haji di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Himpunan Bahan Kertas Kerja Program Haji di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

239
himpunan bahan kertas kerja program haji

Musim haji adalah merupakan musim umat islam mengejarkan ibadat kepada Allah di Mekah. Di Malaysia, terdapat beberapa program melibatkan pengenalan ibadah haji. Kebiasaannya di sekolah-sekolah mengadakan program haji berdasarkan kertas kerja program Haji di sekolah.

Bagi mereka yang terlibat dengan program Haji adalah penting untuk dapatkan bahan seperti kertas kerja program Haji di sekolah. Bagi membantu anda atau para guru yang terlibat, anda boleh ikuti perkongsian dan dapatkan bahan kertas kerja program haji.

Apa itu Program Simulasi Haji?

Program Simulasi Haji adalah merupakan sebuah program yang dirancang bertujuan untuk memberi pengenalan dan pengetahuan berkenaan dengan ibadah haji di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Ia adalah merupakan sebuah program yang berkepentingan untuk memberi contoh ibadah haji secara lengkap dengan pemakaian dan penggunaan prop-prop berkaitan seperti replika kaabah.

Himpunan Kertas Kerja Program Haji di Sekolah

Terdapat beberapa bahan himpunan kertas kerja program Haji yang anda boleh semak dan dijadikan sebagai rujukan untuk kegunaan di sekolah. Anda boleh dapatkan secara percuma dengan merujuk senarai kertas kerja program haji dibawah:

Kertas Kerja Program Haji 1 : Kertas Kerja Haji Sekolah Menengah

Kertas kerja haji sekolah menengah ini disediakan oleh SMK Batu Kikir yang terletak di negeri sembilan. Ia diberi nama “Program Lambaian Kaabah”. Dengan pelbagai elemen yang dimasukkan dalam kertas kerja ini bagi menjelaskan apakah tujuan sebenar program dan bagaimana untuk mencapai matlamat program.

Kepada mereka yang terlibat, amatlah sesuai untuk merujuk bahan kertas kerja sekolah menengah ini bagi dirancangkan untuk peringkat sekolah Menengah.

Kertas Kerja Program Haji 2 : Kertas Kerja Simulasi Haji

Bagi kertas kerja yang seterusnya pula adalah dirancangkan untuk membuat simulasi haji bagi pelajar tingkatan 4. Di dalam kertas kerja, ada disediakan beberapa tugasan mengikut organisasi kerja yang bertindak dalam kerja-kerja pengurusan dan persegaraan.

Ada juga tentatif program yang direncanakn dengan menarik bagi memastikan program yang diadakan mencapai tujuan dan objektif sebenar program dirancang.

Kertas Kerja Program Haji 3 : Kertas Kerja Solat dan Haji Cilik

Bagi mereka yang mencari bahan kertas kerja program haji sekolah rendah, anda boleh merujuk bahan ini. Ia disediakan oleh SK Merpati Sandakan dengan nama program ” KEM BESTARI SOLAT DAN HAJI CILIK”.

Program ini dirancang dengan praktis cara solat dan haji kepada pelajar peringkat sekolah rendah. Ia boleh memberi pembelajaran secara teori dan praktikal yang padat. Untuk tentatif juga turut disusun secara teratur dan boleh dimuatkan dengan pelbagai pengisian yang sangat menarik.

Kepentingan Kertas Kerja Program Haji di Sekolah

Dalam merancang program, terdapat beberapa kepentingan kertas kerja bagi program haji yang perlu diketahui. Berikut adalah kepentingan kertas kerja bagi program haji :

  1. Memastikan kelancaran program dari awal sehingga akhir.
  2. Dapat mengelakkan daripada terlepas pandang dari pelbagai aspek yang penting semasa program berlangsung.
  3. Boleh memberi gambaran awal untuk halatuju program yang bakal diadakan.
  4. Memberi pengalaman kepada mereka yang belum mempunyai pengalaman dalam merancang kertas kerja dan lain-lain kerja yang belum didedahkan sebelum ini.

Panduan Buat Kertas Kerja

Bagi membuat kertas kerja, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh mereka yang sedang merancang program. Untuk program berkait dengan program haji, terdapat beberapa perkara atau panduan yang perlu diambil berat seperti:

  1. Objektif program. Pastikan objektif program dapat dicapai dan berdasarkan kerelevanan dalam konsep ibadah haji.
  2. Tentatif program. Penting dalam menyusun pengurusan masa dan senarai slot untuk program haji bagi memastikan pengisian program adalah padat dan capai matlamat kepada peserta.
  3. Keperluan kewangan. Perlu direkodkan lebih awal berapa pengiraan secara kasar melibatkan kos program haji. Supaya anda mempunyai masa dan dapat menyusun strategi dalam mengumpul dana bagi menjayakan program.
  4. Organisasi kerja. Penting juga untuk memastikan tugasan yang diberikan kepada setiap orang adalah betul dan berdasarkan senarai kerja yang betul. Mereka yang terpilih untuk menguruskan perlu cekap dan pantas dalam bertindak.

Kesimpulannya, bahan kertas kerja bagi program haji ini sangatlah membantu kepada anda yang sedang mempersiapkan persediaan program haji yang bakal berlangsung di peringkat sekolah.