Informasi Bahan dan Aktiviti Kempen Antidadah di Sekolah

Bahan dan Aktiviti Kempen Antidadah di Sekolah

11020

Bahan dan Aktiviti Kempen Antidadah di Sekolah

Bahan dan Aktiviti Sempena Kempen Antidadah di peringkat sekolah. Dalam perkongsian ini, kami ingin berkongsi bahan-bahan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sempena Hari Antidadah Kebangsaan di sekolah. Guru terlibat yang merupakan penyelaras dalam pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) boleh menjadikan perkongsian ini sebagai sumber rujukan.

Dengan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, negara kita juga terkesan dengan pandemik itu. Pelbagai langkah-langkah pencegahan telah dilakukan bagi mengatasi penularan Covid-19.  Selain daripada isu pandemik ini, negara kita masih lagi mempunyai masalah sosial yang mengancam keamanan negara seperti penyalahgunaan dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan telah menjalankan pelbagai kaedah untuk mencegah penyalahgunaan dadah sejak tahun 1983.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam usaha memperkasakan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah. Ia perlu dipandang serius terutamanya penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Bagi membenteras permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar terutamanya penyalahgunaan dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan banyak langkah pencegahan dan strategi. Antaranya strategi yang dilaksanakan ialah Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah.

Melalui program ini, penglibatan pihak sekolah dan ibu bapa amat penting dalam memupuk semangat dan nilai murni dalam diri pelajar sekolah bagi mengelakkan diri mereka daripada terjerumus dalam najis dadah ini.

Objektif PPDa

  • Melahirkan generasi muda yang bebas daripada najis dadah
  • Menyediakan pelbagai kaedah dan inisiatif dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah
  • Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

Dapatkan “Bahan PPDa Peringkat Sekolah” di sini


Anda boleh dapatkan bahan berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) disini. Guru penyelaras PPDa boleh menjadikan bahan yang dikongsikan sebagai sumber rujukan dan panduan dalam melaksanakan program di sekolah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’, ‘PPT’ dan ‘JPEG’

Download : Link Download dibawah

Aktiviti-aktiviti Hari Antidadah di Peringkat Sekolah

Pihak sekolah terutamanya penyelaras program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) perlu merancang aktiviti-aktiviti sempena Kempen Antidadah di peringkat sekolah. Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah bagi memberikan kesan positif dan kesedaran kepada diri murid. Selain itu, program PPDa ini juga bertujuan untuk menanam sikap bencikan dadah di dalam diri murid agar mereka tidak terjerumus di dalam kancah najis dadah ini.

Berikut adalah contoh aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan pada Hari Antidadah di peringkat sekolah:-

  1. Bacaan ikrar antidadah
    • Semua pelajar membaca ikrar antidadah yang akan diketuai oleh Ketua Pengawas.
  2. Nyayian lagu antidadah
  3. Tayangan video berkaitan antidadah
    • Guru penyalaras mencari video tentang dadah dan kesan pengambilan dadah. Video-video akan dipaparkan kepada semua pelajar di dalam dewan ataupun di perhimpunan.
    • Lazimnya, aktiviti ini akan dilaksanakan selama 30 minit hingga 40 minit. Pastikan video adalah menarik untuk mengelakkan murid berasa bosan dan membuat bising.
  4. Pertandingan mewarna poster Antidadah
    •  Poster akan diedarkan ke setiap kelas mengikut kategori Tahap 1 iaitu terdiri daripada Tahun 1, 2 dan 3. Manakala Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6.
    • Murid akan mewarna poster di dalam kelas dan akan dipantau oleh guru yang mengajar mata pelajaran ketika itu
    • Bagi tahap 1, mereka akan menggunakan pensel warna manakala bagi murid tahap 2 pula, mereka akan mewarna menggunakan krayon atau oil pastel.
    • Kebiasaannya, masa yang diperuntukan bagi aktiviti ini selama 1 jam 30 minit bagi kedua-dua tahap.
  5. Kuiz antidadah
    • Guru akan menyediakan soalan kuiz berkaitan dadah mengikut kategori Tahap 1 dan Tahap 2.
    • Tiga pelajar yang mendapat markah tertinggi setiap kelas akan mendapat hadiah

Manfaat bersama

Akhir kata, diharap artikel berkaitan Bahan dan Aktiviti Antidadah peringkat sekolah ini dapat memberikan banyak manfaat dan panduan kepada guru penyalaras program untuk melaksanakan PPDa. Teruskan melayari laman web kami Sistem Guru Online untuk info-info berkaitan pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya.