Informasi Calon SPM 2021 akan Menduduki Peperiksaan SPM pada Mac 2022

Calon SPM 2021 akan Menduduki Peperiksaan SPM pada Mac 2022

280

Calon SPM 2021 akan Menduduki Peperiksaan SPM pada Mac 2022

Calon SPM 2021 akan Menduduki Peperiksaan SPM pada Mac 2022. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan perkara tersebut sebentar tadi semasa sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata bahawa bagi ujian lisan, amali sains akan berlangsung mengikut tarikh berikut:-

  • Ujian lisan dan Amali Sains : Februari 2022
  • Peperiksaan Bertulis : Bermula Mac 2022

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan ini atas faktor-faktor tertentu dimana sesi persekolahan kebanyakan dilaksanakan secara PdPR serta mengambil usaha bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 yang pada ketika ini berada pada tahap membimbangkan.

Pada sidang media itu, beliau berkata:

” Seperti yang dilakukan oleh kami pada tahun lalu, KPM memutuskan untuk mengambil langkah ini setelah mempertimbangkan cabaran dan situasi semasa yang harus dihadapi oleh para pelajar ini.”

“Mempunyai pengalaman menjalankan SPM 2020 telah membantu pihak KPM dan KPM yakin segala proses yang bakal dilakukan untuk SPM 2021 akan berjalan lancar seperti peperiksaan SPM 2020,” kata beliau ketika sidang media khas yang bersiaran langsung di Facebook pagi ini.

Sebelum ini, pihak KPM telah mengumumkan tarikh keputusan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil langkah untuk melanjutkan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama 25 hari bermula pada 13 Jun dan 14 Jun 2021. Pelbagai inisiatif dan langkah terbaik diambil oleh KPM dalam memastikan penularan jangkitan Covid-19 yang melibatkan sektor pendidikan dapat diatasi demikian dengan peningkatan kes positif di tahap membimbangkan pada ketika ini.

Perkongsian Bermanfaat

Akhir kata, diharapkan dengan perkongsian berkaitan Calon SPM 2021 akan Menduduki Peperiksaan SPM pada Mac 2022 dapat memberikan maklumat terkini kepada warga pendidik dan para pelajar. Semoga para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Semoga dengan pelaksanaan pembelajaran secara PdPR dapat membantu para pelajar dan bagi guru-guru pula diharap dapat menjalankan tugas sebaiknya demi memastikan sistem pendidikan sentiasa berada di tahap terbaik. Selain itu, ketika proses PdPR dijalankan, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka memberi komitmen semasa PdPR dijalankan.