Cerita Kanak-kanak Koleksi Cerita Kanak-kanak Mengikut Abjad (A-Z)

Koleksi Cerita Kanak-kanak Mengikut Abjad (A-Z)

1269

koleksi cerita mengikut abjad

Koleksi Cerita Kanak-kanak Mengikut Abjad (A-Z) ini menyusun setiap cerita ringkas mengikut abjad yang digunakan. Bahan ini sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak prasekolah dan murid tahun 1 bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris mereka.

Selain daripada dijadikan sebagai bahan bacaan kanak-kanak, bahan ini juga sesuai untuk digunakan oleh ibu bapa sebagai aktiviti bercerita semasa masa lapang di rumah. Aktiviti bercerita yang dilakukan oleh ibu bapa akan dapat mendatangkan pelbagai faedah dan manfaat kepada perkembangan minda kanak-kanak. Sehubungan dengan aktiviti bercerita, hubungan kekeluargaan juga dapat dicipta ketika aktiviti ini dijalankan.

Berikut merupakan faedah aktiviti bercerita kepada kanak-kanak:

  1. Aktiviti bercerita merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan kerana dengan melalui penceritaan, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf kepada kanak-kanak serta dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran mereka.
  2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kanak-kanak kerana pembelajaran melalui penceritaan menggunakan gaya dan bersahaja dapat membantu proses penyerapan ilmu kepada mereka.
  3. Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, aktiviti bercerita membantu mereka memahami sesuatu kerana di dalam fasa ini, mereka masih belum tahu untuk membaca dan melalui penceritaan, mereka dapat memahami sesuatu perkara.
  4. Dapat menambah kosa atau perbendaharaan kata kanak-kanak.
  5. Melatih kemahiran mendengar kanak-kanak dengan lebih baik.

Dapatkan “Koleksi Cerita Kanak-kanak Mengikut Abjad (A-Z)” di sini


Di sini kami akan kongsikan koleksi cerita yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas, ataupun dijadikan sebagai latihan membaca di rumah bersama-sama ibu bapa dan anak-anak. Sumber bahan daripada Cikgu Share.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : KOLEKSI CERITA MENGIKUT ABJAD 

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Cerita Kanak-kanak Mengikut Abjad ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam penyediaan bahan bantu mengajar kanak-kanak.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti yang telah dikongsikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Pada masa yang sama, kami juga ada kongsikan informasi terkini mengenai pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya.