Buku Panduan & Pengurusan Contoh Jadual Bertugas Kelas yang Boleh Diedit

Contoh Jadual Bertugas Kelas yang Boleh Diedit

59443
Contoh Jadual Bertugas
Contoh Jadual Bertugas

Contoh Jadual Bertugas dan boleh diedit. Posting ini berkongsikan bahan Jadual Bertugas yang boleh diedit.

Mengikut susulan posting Sistem Guru Online iaitu Contoh Carta Organisasi, kali ini bahan yang dikongsikan adalah Jadual Bertugas Kelas.

Link Post : Contoh Carta Organisasi

Bahan ini disediakan bagi memudahkan usaha sahabat guru sekalian. Di mana, anda hanya perlu menukar nama, sekolah dan hari yang berkenaan pada Jadual Bertugas ini.

Dari deraf Jadual Bertugas ini, anda pasti boleh mengubah suai untuk menyesuaikan dengan tujuan Jadual anda.

Reka bentuk Jadual bertugas ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Pada ruangan muat turun di bawah nanti, anda semua boleh dapatkan native file bagi Jadual Bertugas ini.

Kami sedar tidak banyak perkongsian dibuat untuk Jadual Bertugas boleh diedit kerana kebanyakannya disediakan dalam bahan yang tidak boleh diedit sahaja seperti dalam format PNG dan JPG.

Jadi, kami di SGO mengambil inisiatif untuk berkongsikan bahan asal rekabentuk supaya sahabat guru sekalian begitu mudah untuk melakukan kerja kita bersama sama.

Sekiranya sahabat guru sekalian merasakan reka bentuk kami menarik dan mahu menggunakannya jadi berikut merupakan apa yang perlu anda lakukan.

Cara Mudah Mengubahsuai Contoh Jadual Bertugas Kelas

  1. Setiap tajuk boleh dikekalkan. Kita hanya perlu menukar Nama Kelas dan Tahun terkini dalam Jadual Bertugas ini.

2. Langkah Kedua pula adalah menyesuaikan hari bagi hari bekerja negeri anda mengajar dan nama nama pelajar yang akan ditentukan tugasan tugasan mereka.

3. Maksudnya disini, setengah negeri bekerja pada hari Ahad hingga Khamis manakala ada pula dari Isnin hingga Jumaat.

4. Sekiranya bilangan pelajar kelas anda lebih banyak atau lebih sedikit, anda bolehlah mengubahsuainya sendiri dengan buang kotak nama berlebihan atau ‘copy dan paste’ kotak nama yang tidak mencukupi.

 

 

Sekian itu sahaja langkah yang anda perlu lakukan dan Jadual Bertugas bagi sekolah anda sekarang telah sempurna.

 

Dapatkan Contoh Jadual Bertugas Yang Boleh Diedit


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft Presentation Slide’

Download : Contoh Jadual Bertugas Yang Boleh Diedit

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua dan sila kongsikan juga kepada rakan rakan guru yang lain agar kita memudahkan kerja antara satu sama lain.

Terima kasih bagi melawati laman kami dan teruskan menyokong kami di SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum