UASA CONTOH KERTAS SOALAN/LATIHAN ULANGKAJI UNTUK PEPERIKSAAN UASA

CONTOH KERTAS SOALAN/LATIHAN ULANGKAJI UNTUK PEPERIKSAAN UASA

9844

Masih belum terlambat untuk ibu bapa dan guru membantu anak-anak untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan UASA yang bakal menjelang dalam seminggu lagi. Memandangkan ada beberapa format yang agak berbeza dari sebelum-sebelum ini, mungkin ada pelajar yang memerlukan sedikit pengawasan, penjelasan dan bantuan dalam mempersiapkan diri.

Jika masih ada ibu bapa yang tidak pasti dan tidak memahami apa sebenarnya UASA, UASA adalah Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah ditetapkan oleh KPM bagi menggantikan peperiksaan akhir Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR dan Penilaian TingkatanTiga atau PT3.

Ujian ini mula diperkenalkan pada Januari 2023 dan bakal bermula pada minggu ketiga bulan Januari. UASA akan diduduki oleh calon pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah terdiri daripada pelajar darjah empat, lima dan enam. Manakala untuk pelajar sekolah menengah pula terdiri daripada pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

Peperiksaan ini mempunyai format dan tahap penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak KPM bagi memudahkan pendidik untuk memberi pendedahan dan membuat persediaan kepada murid sebelum menduduki peperiksaan UASA.

Di sini admin sertakan beberapa link untuk memudahkan ibu bapa dan guru muat turun, cetak atau beli koleksi modul latihan untuk ulangkaji UASA.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :

BELI BUKU DI SINI