Hiasan Kelas DEKORASI KELAS : POSTER SIFIR (SAIZ A4) PRINTABLE

DEKORASI KELAS : POSTER SIFIR (SAIZ A4) PRINTABLE

278

Bukan sesuatu yang mudah untuk mewujudkan suasana yang selesa dan menarik perhatian kanak-kanak untuk hadir ke sekolah. Sesetengah kanak-kanak berpendapat, sekolah adalah sebuah tempat yang tidak menyeronokkan dan membosankan.

Bagi memastikan kanak-kanak merasa tertarik dan bersemangat untuk hadir ke sekolah dan belajar, guru perlu memainkan peranan penting. Guru bukan sekadar perlu mewujudkan daya tarikan dari segi mental dan emosi, bahkan juga dari segi fizikal dan visual. Suasana bilik darjah yang selesa, bersih, cantik dan kemas juga sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi yang stabil dalam diri kanak-kanak.

Ada pelbagai cara untuk menjadikan bilik darjah sebagai satu tempat yang selesa untuk murid, antaranya adalah menghiasi bilik dengan pelbagai poster menarik dan memastikan keadaan bilik sentiasa bersih serta selamat. Guru juga boleh membuat jadual kebersihan di kalangan anak murid dan guru sama-sama membantu membersihkan dan memantau mereka melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti pembersihan sesuai dijalankan di akhir kelas kerana pelajar sudah bersiap sedia untuk pulang, dan keadaan kelas yang bersih akan membuat mereka tidak sabar untuk hadir ke sekolah esok hari.

Di sini admin kongsikan poster sifir bersaiz A4 yang guru boleh cetak dan tampalkan di bilik darjah. Sifir ini bermula dari sifir 0 sehingga 12. Guru boleh mengajak anak murid untuk sama-sama menampal poster ini.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :

  • sifir