Buku Panduan & Pengurusan Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP

52194

 

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi berkaitan contoh penulisan sasaran keberhasilan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBBPP) untuk dijadikan panduan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Contoh sasaran keberhasilan ini disediakan untuk membantu Pegawai Penilai (PP) dan juga Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merangka penulisan sasaran keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam satu tempoh penilaian semasa. Dokumen ini perlu dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK).

Contoh penulisan bidang tugas, sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak terikat dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. PPP boleh merujuk mana-mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh jawatan sekiranya sesuai. Walau bagaimanapun penulisan sasaran keberhasilan perlu mengikut garis panduan penulisan sasaran keberhasilan seperti dalam GPPKK.

Disediakan khas sebagai panduan untuk kegunaan :

1. Pengetua/ Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Penolong Kanan Kokurikulum
5. Penolong Kanan Tingkatan 6
6. Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
7. Guru Akademik Biasa
8. Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
9. Guru Akademik Tingkatan 6
10. Guru Sekolah Dalam Hospital
11. Penyelia Sekolah Dalam Hospital
12. Guru Prasekolah
13. Guru Bimbingan dan Kaunseling
14. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Audiologi
15. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Psikologi
16. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Terapi Carakerja
17. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Terapi Pertuturan Bahasa
18. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Peripatetik
19. Penyelia Jurulatih Sukan
20. Jurulatih Sukan (Bola Tampar)
21. Nazir Sekolah
22. Timbalan Nazir Negeri
23. Pegawai Teknologi Pendidikan – PKG
24. Pegawai Teknologi Pendidikan – BTPN
25. Pensyarah IAB
26. Ketua Jabatan di IAB
27. Penolong Setiausaha KPM
28. Fasilitator – Fasilinus
29. Fasilitator – SIP+
30. Fasilitator – SISC+
31. Penyelia Pendidikan Sukan Negeri
32. Pusat Kokurikulum Negeri – Ketua Unit
33. Penolong Pengarah (JPN)
34. Kaunselor Organisasi JPN
35. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
36. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
37. Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi
38. Pensyarah Kolej Matrikulasi
39. Ketua Unit Kolej Matrikulasi
40. Pensyarah IPGK
41. Ketua Jabatan IPGK

Dapatkan “Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP

 

 

Semoga perkongsian ini iaitu Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan PBPPP sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyiapkannya. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk perkongsian berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa.