Soalan Ujian Mac Bahasa Arab Tahun 6 ini satu set soalan untuk kegunaan guru yang mengajar Bahasa Arab. Bahasa Arab adalah antara bahasa yang telah lama digunakan di muka bumi ini. Merujuk kepada peradaban Islam, bahasa arab terletak di tempat paling atas sudah beradab lamanya.
Seperti kita ketahui, bahasa arab juga dikenali sebagai bahasa Al-Quran dan bahasa As-Sunnah yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Bagi umat Islam, bahasa arab digunakan dalam kehidupan harian ketika kita sedang solat, berzikir, menunaikan haji dan melakukan ibadah-ibadah lain. Sebagai seorang muslim, kita juga digalakkan untuk belajar dan menguasai bahasa arab ini.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, ada sesetengah sekolah memberi pilihan kepada pelajar untuk mengambil bahasa arab sebagai mata pelajaran tambahan. Ini merupakan peluang yang baik kepada para pelajar untuk mempelajari dan menguasai bahasa Al-Quran ini.
Melalui artikel ini berkaitan Soalan Ujian Mac Bahasa Arab Tahun 6 sebagai panduan kepada guru-guru mata pelajaran Bahasa Arab. Bahasa Arab banyak memberi manfaat kepada semua terutamanya umat Islam sedunia. Diharap contoh soalan ini dapat meningkatkan penguasaan murid di dalam Bahasa Arab.
Di laman web kami juga ada berkongsi artikel berkaitan pendidikan. Seperti Soalan Ujian Mac Pendidikan Muzik Tahun 6 , Soalan Ujian Mac Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6.
Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran
Nabi Muhammad SAW menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pertuturan baginda setiap hari. Allah SWT telah menurunkan Al-Quran ke seluruh dunia di dalam bahasa arab berbanding dengan pelbagai bahasa yang terdapat di dunia ini. Berdasarkan firman Allah SWT, Al-Quran menggunakan bahasa arab adalah supaya umat manusia menggunakan akal fikiran untuk memahaminya.
Oleh yang demikian, kita sudah jelas bahawa bahasa arab mempunyai banyak keistimewaan. Tidak dinafikan, pada peringkat awal untuk mempelajari bahasa arab agak susah dan merumitkan, namun apabila kita sudah bersungguh-sungguh dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian, ianya akan menjadi mudah.
Dapatkan “Soalan Ujian Mac Bahasa Arab Tahun 6” di sini
Di dalam artikel ini, kami ingin berkongsi bahan pendidikan mengenai ujian Mac untuk mata pelajaran Pendidikan Bahasa Arab yang mengandungi satu set soalan. Guru digalakkan untuk membuat perubahan dalam set soalan ini mengikut kemampuan murid dan kreativiti guru sendiri. Diharap perkongsian dalam artikel ini dapat membantu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Bahasa Arab ini.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Link Download disini
Keistimewaan Belajar Bahasa Arab
Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan apabila kita mempelajari dan memahami bahasa arab ini. Berikut adalah antara keistimewaan sekiranya kita mempelajari bahasa arab:-
- Dapat mencari ilmu dengan mudah
- Apabila kita mempelajari dan memahami bahasa arab, secara tidak langsung, kita juga akan cepat faham dan memahami ilmu-ilmu yang disampaikan oleh para ulama.
- Kita akan mudah faham apabila mencari ilmu daripada karya-karya lama oleh para ulama
- Kelebihan dalam kemahiran bertutur
- Majikan akan lebih tertarik apabila melihat anda mempunyai kelebihan bertutur dalam bahasa lain.
- Mendapat point lebih daripada calon-calon temuduga yang lain
- Boleh berkomunikasi dengan syarikat luar seperti syarikat Arab Saudi
- Memberi banyak peluang pekerjaan
- Bahasa Arab merupakan bahasa pengantara yang melibatkan banyak negara terutamanya dalam bidang perniagaan.
- Boleh menjadi mutawif dan petugas ketika ibadah haji
- Memohon kerja di syarikat besar di Arab Saudi, Dubai dan negara arab lain
- Ketika melancong
- Kebiasaanya apabila melancong di negara-negara Arab, mereka tidak akan berbahasa Inggeris. Negara seperti Mesir, Qatar, Dubai dan lain-lain akan menggunakan bahasa arab ketika berkomunikasi.
- Dapat mengelakkan diri daripada tertipu ketika membeli-belah
- Memahami Islam dengan mendalam
- Dengan memahami bahasa Arab, kita akan lebih memahami agama Islam secara mendalam. Ketika kita membaca Al-Quran, kita akan faham maksud setiap ayat dengan teliti dan mendalam