Soalan Peperiksaan Contoh Soalan Ujian Mac Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Contoh Soalan Ujian Mac Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1272

Soalan Ujian Mac Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Contoh Soalan Ujian Mac Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah bagi kegunaan guru mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk melaksanakan ujian Mac kepada murid Tahun 6.

Dengan perkembangan teknologi di serata dunia ini, setiap individu boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja melalui pelbagai platform seperti Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya. Teknologi maklumat sudah menjadi perkara penting dalam kalangan masyarakat terutamanya menyebarkan berita-berita penting.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan mata pelajaran yang menerangkan proses perkongsian maklumat dalam kehidupan seharian kita. Terdapat beberapa jenis proses atau elemen dalam menyebarkan maklumat ini seperti:-

  • Memanipulasi
  • Menyimpan
  • Berinteraksi atau berkomunikasi
  • Sebaran maklumat

Kesemua proses di atas melibatkan teknologi komputer melalui perpindahan data dan perkongsian maklumat kepada semua masyarakat dalam kehidupan seharian. Komputer adalah peralatan atau gajet yang amat penting dalam kehidupan zaman ini. Tanpa komputer, banyak perkara tidak dapat dilakukan terutamanya dalam bidang perniagaan, pendidikan, perbankan dan pelbagai lagi.

Dapatkan “Soalan Ujian Mac TMK Tahun 6” di sini


Di sini kami nak kongsikan bahan pendidikan iaitu contoh soalan ujian Mac Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai sumber rujukan para guru TMK dalam menyediakan soalan peperiksaan nanti.

Anda boleh memuat turun dengan menggunakan link yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

  • Contoh Soalan Ujian Mac Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pendidikan

  • Menjimatkan masa dan tenaga dan sistem pengurusan sekolah akan menjadi lebih efisyen
  • Guru menggunakan bahan bantu mengajar mengikut teknologi terkini mampu menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  • Semua maklumat mengenai pendidikan di hujung jari, memudahkan murid untuk mencari info dan meningkatkan daya pengetahuan mereka

Perniagaan dan Perbankan

  • Memudahkan komunikasi dengan pelanggan secara atas talian
  • Penjimatan masa dan kos operasi
  • Kerja akan lebih cepat dan efisyen serta mutu perkhidmatan akan dapat ditingkatkan

Kehidupan Harian 

  • Kerja-kerja rumah akan lebih mudah
  • Berita-berita penting mudah disampaikan dengan adanya televisyen, komputer dan internet di rumah.
  • Komunikasi dengan individu lain di seluruh dunia akan lebih mudah

Perindustrian

  • Memudahkan proses kawalan pengeluaran dan pengoperasian
  • Membantu pekerja melakukan tugas-tugas dengan penggunaan mesin
  • Sistem pentadbiran di kilang akan lebih efisyen dan sistematik, mudah mengendalikan operasi di kilang.

Faedah Teknologi dan Komunikasi kepada masyarakat

  1. Masyarakat menerima maklumat dengan lebih cepat dan terperinci. Memudahkan para pelajar mencari maklumat menyelesaikan tugas-tugas dan kerja sekolah yang diberikan. Semua maklumat terdapat di internet berkaitan pendidikan, perniagaan, kesihatan di dalam mahupun luar negara.
  2. Melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain dapat memudahkan interaksi antara manusia di seluruh dunia. Bertambah kenalan di dalam dan luar negara.
  3. Memudahkan pelbagai urusan seharian seperti perpindahan duit, pembayaran bil dan pelbagai kerja menggunakan komputer.

Selain itu, teknologi maklumat juga akan membuat masyarakat lebih peka dengan perkembangan terkini berkaitan isu semasa di dalam dan luar negara. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, tiada masyarakat akan ketinggalan dengan isu semasa kerana semua maklumat boleh diperoleh di hujung jari. Justeru itu, dengan perkembangan dan penguasaan teknologi maklumat, mampu mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan penuh informasi yang boleh menyumbang kepada negara.

Manfaat Bersama

Artikel Soalan Ujian Mac Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6 ini sebagai rujukan kepada guru untuk melaksanakan ujian Mac kepada pelajar Tahun 6. Sebelum ini, kami ada berkongsi info dan bahan berkaitan pendidikan seperti Soalan Ujian Mac Bahasa Arab Tahun 6.