Soalan Peperiksaan Contoh Soalan Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 6

Contoh Soalan Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 6

3893

Soalan Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 6

Contoh Soalan Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 6. Ujian Mac yang dikongsikan ini adalah untuk memudahkan para guru membuat pentaksiran dan penilaian seperti yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah kebiasaanya akan melaksanakan ujian-ujian kecil seperti Ujian Bulanan.

Pelbagai ujian-ujian dijalankan di sekolah dalam usaha untuk mengetahui tahap pencapaian murid sekaligus ingin meningkatkan pencapaian akademik murid-murid. Guru dan pihak pentadbiran akan bertungkus lumus menyiapkan soalan-soalan ujian, peperiksaan demi memastikan setiap murid mendapat pembelajaran yang sewajarnya.

Ujian Mac merupakan antara ujian yang terawal dilaksanakan di sekolah. Kebiasaannya, hanya mata pelajaran teras sahaja yang terlibat dalam ujian Mac ini. Namun, terdapat juga segelintir sekolah yang hanya melaksanakan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

Ujian Bulanan Mac

Seperti kita tahu, di dalam sistem pembelajaran terdapat dua jenis formatif dan sumatif. Bagi penilaian formatif, ianya dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran melalui beberapa kaedah seperti pemerhatian, latihan dan soal jawab bersama murid. Penilaian formatif merupakan penilaian sistematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu topik untuk membaiki kelemahan yang ada semasa pengajaran dilakukan.

Ujian Mac pula adalah salah satu contoh penilaian sumatif. Sumatif adalah satu proses pengumpulan data atau maklumat berkaitan akademik murid untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid secara menyeluruh mengikut topik-topik yang telah diajar dalam mata pelajaran tertentu dalam masa tertentu.

Dapatkan “Soalan Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 6” di sini

Disini, kami ingin kongsikan beberapa contoh ujian Mac mata pelajaran Bahasa Inggeris yang terdiri daripada kertas Pemahaman dan Penulisan yang terkini bagi menilai tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris terutamanya pemahaman dan penulisan.

Anda boleh memuat turun bahan-bahan yang dikongsikan dengan menggunakan link yang telah disediakan seperti di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC”

Download : Link Download disini

  • Pemahaman Bahasa Inggeris Tahun 6 (Kertas Satu)
  • Skema Jawapan Pemahaman Bahasa Inggeris (Kertas Satu)
  • Penulisan Bahasa Inggeris Tahun 6 (Kertas Dua)
  • Skema Jawapan Penulisan Bahasa Inggeris (Kertas Dua)

Sepuluh (10) Tip Berguna Menghadapi Peperiksaan

Majoriti murid akan berasa cemas dan risau untuk menghadapi peperiksaan tidak kira ujian bulanan mahupun peperiksaan besar. Untuk mengatasi masalah gementar, risau menghadapi peperiksaan, disini kami kongsikan beberapa tips yang berguna kepada murid-murid. Berikut adalah tip-tip tersebut:-

  1. Memberikan masa yang cukup untuk diri sendiri melakukan persediaan
    • Mengulangkaji pelajaran dalam tempoh yang cukup. Membuat jadual waktu belajar mengikut mata pelajaran yang perlu diulangkaji terlebih dahulu supaya masa mengulangkaji akan lebih sistematik dan teratur. Ada segelintir yang boleh mengulangkaji saat akhir, tetapi jika anda bukan golongan tersebut, elakkan mengulangkaji saat akhir.
  2. Memastikan tempat belajar kemas dan kondusif
    • Menyusun atur buku-buku dan nota-nota di ruangan yang sesuai
    • Memastikan ruangan meja cukup luas untuk belajar dengan selesa
    • Membuang sampah-sampah makanan atau kertas yang tidak berguna agar tempat belajar sentiasa dalam keadaan bersih
    • Meletakkan pewangi atau aroma terapi di ruangan belajar supaya dapat merangsang minda dan memberi ketenangan.
  3. Membuat nota berbentuk mind map, flow chart atau gambar rajah
    • Mengeluarkan isi-isi penting dalam nota dan menulisnya dalam bentuk mind map, flow chart atau gambar rajah yang berwarna warni. Seperti kita tahu, warna dan gambar rajah yang menarik akan membantu merangsang minda kita untuk lebih mengingati fakta-fakta di dalam nota.
    • Mewarnakan atau highlight isi penting dengan pen yang terang dan menyerlah.
    • Nota ringkas berbentuk gambar rajah memudahkan murid untuk mengingati isi penting
  4. Membuat soalan-soalan terdahulu, soalan ramalan
    • Antara kaedah yang berkesan untuk menghadapi peperiksaan ialah melakukan latihan tubi berdasarkan soalan-soalan peperiksaan terdahulu dan soalan ramalan mengikut format yang terkini.
    • Setkan masa menjawab soalan mengikut peperiksaan untuk mengetahui anggaran masa yang diperlukan untuk setiap soalan.

Perkongsian Bersama

Semoga artikel kami ini berkaitan Soalan Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 6 ini dapat membantu guru-guru mencari soalan untuk ujian Mac bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Justeru, diharapkan murid-murid juga mempunyai motivasi diri untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pihak sekolah dan guru-guru memainkan peranan penting untuk melaksanakan ujian bulanan bagi mengetahui prestasi awal murid serta mengenal pasti dimana kelemahan mereka.

Kami juga ada berkongsi contoh soalan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu seperti Soalan Ujian Mac Bahasa Melayu Tahun 6 bagi kegunaan guru-guru semua.