
[adinserter name=”sgo 1″]
Latihan Tambahan Prasekolah
Di dalam lembaran ini, kami menyediakan lembaran berkaitan dengan permainan pagar sesat. Tujuan permainan ini dihasilkan adalah bagi mengenalkan kanak-kanak prasekolah tentang barang-barang keperluan alat tulis.
Pendidikan prasekolah adalah dikhaskan di dalam bentuk permainan bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan latihan ini. Di dalam lembaran kerja ini, terdapat perlbagai elemen kartun dan penggunaan warna yang menyerlah. Hal ini adalah untuk memberikan semangat kepada kanak-kanak.
Kebaikan Permainan Pagar Sesat
Permainan pagar sesat ini juga dapat mendidik kanak-kanak untuk kekal fokus dalam melakukan sesuatu. Jika permainan ini diambil ringan, mereka akan sering berjumpa jalan mati. Pada masa yang sama, permainan ini juga dapat memberikan kanak-kanak tentang pandangan sesuatu masalah. Jika sesuatu jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak berjaya, kita boleh mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Dapatkan “Latihan Tambahan Prasekolah” di sini
[adinserter name=”sgo 2″]
Lembaran yang kami sediakan ini boleh dimuat turun di dalam pautan yang telah disediakan. Semoga lembaran ini dapat memberikan kemudahan kepada guru-guru prasekolah untuk menambahbaik proses pembelajaran dan pengajaran.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Link Download disini
Lembaran kerja ini adalah di dalam Bahasa Inggeris kerana para guru prasekolah boleh memberikan arahan kepada murid-murid di dalam Bahasa Inggeris. Hal ini juga dapat melatih pendengaran kanak-kanak agar biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris ini.
Di dalam latihan ini juga menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dan murid-murid dapat mengikuti setiap bait perkataan yang disebutkan secara terang dan jelas.
Kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan bagi murid tahun 1 untuk membantu guru-guru menyediakan latihan kepada murid-murid.
Antaranya ialah:
- Bahan Pendidikan Tahun 1 Subjek Sains
- Latihan Tambahan Tahun 1 Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Semoga dengan latihan-latihan tambahan ini dapat memberikan kemudahan bagi para guru mengakses latihan tambahan kepada murid-murid.
Untuk mendapatkan bahan pendidikan yang lain seperti Minit Mesyuarat bagi guru Panitia, Soalan-soalan bagi murid Tahun 1 dan lain lain boleh layari laman web rasmi Sistem Guru Online.





