Soalan Ujian Mac Bahasa Melayu Tahun 6. Koleksi soalan ini adalah bagi memudahkan guru-guru untuk menjalankan Ujian Mac Bahasa Melayu bagi pelajar mereka.
Bagi mengetahui tahap pencapaian murid, kebiasaannya guru-guru akan melakukan ujian bulanan di sekolah salah satunya adalah Ujian Mac, Ujian Mei dan Ujian Ogos pelbagai lagi ujian-ujian sebelum peperiksaan akhir tahun.
Selain ujian diagnostik yang dijalankan pada awal tahun, Ujian Mac juga adalah ujian paling awal dilakukan oleh pihak sekolah. Ianya terpulang kepada pihak pentadbiran sekolah itu sendiri samada ingin melaksanakan Ujian Mac bagi semua mata pelajaran ataupun hanya mata pelajaran teras sahaja.
Terdapat juga sesetengah sekolah hanya menjalankan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun sahaja.
Contents
Ujian Bulanan
Ujian bulanan merupakan salah satu bentuk penilaian atau pengukuran dalam sistem pembelajaran secara sumatif. Pengukuran ini penting bagi menentukan tahap pencapaian murid sekaligus mengukuhkan lagi pemahaman mereka dalam sesuatu topik dan mata pelajaran.
Ujian sumatif akan dilakukan secara berterusan dan terancang dalam usaha membantu murid-murid untuk lebih menguasai pembelajaran mereka. Latihan yang berterusan, terancang dan sistematik akan dapat meningkatkan daya ingatan murid.
Dapatkan “Soalan Ujian Mac BM Tahun 6” di sini
Kami ingin kongsikan contoh ujian bulan Mac mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan ini adalah mengikut format KSSR yang terkini bagi menilai tahap keupayaan murid dalam pemahaman dan penulisan Bahasa Melayu.
Anda boleh download bahan yang dikongsikan dengan menggunakan link yang telah disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC”
Download :
- Contoh (1) Ujian Mac Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6
- Contoh (1) Ujian Mac Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6
- Contoh (2) Ujian Mac Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6
- Contoh (2) Ujian Mac Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6
- Jawapan Ujian BM Pemahaman Januari 2016 (1)
Tujuan Ujian Bulanan
Terdapat beberapa objektif dan tujuan yang ingin diperoleh apabila melaksanakan ujian bulanan atau penilaian kepada murid. Antara tujuan ujian bulanan dilaksanakan adalah seperti berikut:-
- Untuk mengumpulkan data tahap pencapaian murid untuk proses penyimpanan rekod
- Digunakan untuk rujukan, penanda aras bagi kemudahan guru untuk memastikan strategi atau kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk murid
- Pendekatan yang efektif akan meningkatkan pencapaian murid
- Mengenal pasti tahap kemampuan awal murid
- Apabila tahap kemampuan murid dapat diketahui dari peringkat awal, maka semua pihak iaitu guru, ibu bapa dapat memberikan bimbingan yang sepatutnya bagi peningkatkan pencapaian akademik murid
- Memberikan bimbingan yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan murid
- Mengetahui kelemahan dan kelebihan setiap murid
- Guru perlu mengajar secara fleksibel. Memberi bimbingan dalam perkara yang mereka lemah
Kepentingan Ujian Bulanan
Lazimnya, pihak pentadbiran sekolah akan menjalankan ujian bulanan untuk memastikan tahap pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran yang diajar. Memandangkan sesi persekolahan agak padat dengan pelbagai aktiviti dan silibus yang diajar, ujian bulanan adalah amat penting dalam proses pembelajaran.
- Membantu murid untuk lebih memahami topik-topik tertentu dalam pembelajaran
- Guru akan mengetahui kelemahan setiap murid dalam topik tertentu dan membimbing mereka menguasai topik tersebut
- Murid juga akan mengenal pasti kelemahan mereka dan berusaha meningkatkan tahap pencapaian mereka.
- Penanda aras untuk murid mengenal pasti keupayaan akademik mereka
- Guru akan mencari alternatif atau pendekatan yang lebih efektif bagi meningkatkan pencapaian akademik murid
Perkongsian Bersama
Diharap guru-guru diluar sana mendapat manfaat dari artikel kami ini berkaitan Soalan Ujian Mac Bahasa Melayu Tahun 6 dimana ianya dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pemahaman dan penulisan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru, diharapkan murid-murid juga mempunyai galakan atau akan berusaha untuk meningkatkan tahap kemampuan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sokongan dan bimbingan daripada pihak sekolah dan para guru dalam melaksanakan ujian bulanan seperti Ujian Mac ini dapat menilai tahap penguasaan dan prestasi awal murid dan mengenal pasti kelemahan setiap murid.
Kami juga ada berkongsi bahan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu seperti Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 UPSR dan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6 UPSR bagi kegunaan guru Bahasa Melayu untuk menilai murid.