Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021 ini merupakan sebuah skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak. Dengan bantuan SJKP ini, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
SJKP ini dibuka kepada semua pemohon yang terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Selain itu, skim ini layak dimohon tanpa mengira sama ada anda mempunyai slip penyata pendapatan bulanan ataupun sebaliknya. Tambahan pula, skim ini terbuka kepada rumah-rumah yang dibina oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan juga pemaju swasta. Namun begitu, permohonan SJKP ini hanya boleh dilakukan untuk pembelian rumah kali pertama sahaja. Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon SJKP ini.
Contents
Kriteria Kelayakan
Anda yang berminat untuk memohon Skim Kredit Jaminan Kredit Perumahan ini, seharusnya menepati kriteria-kriteria berikut, antaranya ialah:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Langkah-langkah Permohonan
Secara umumnya, langkah-langkah permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
- Mengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Institusi Kewangan yang Terlibat
Berikut merupakan senarai institusi kewangan yang menyertai SJKP ini, antaranya ialah:
- Affin Bank, Affin Islamic
- Agro Bank
- Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
- AmBank Group, AmIslamic Bank
- Bank Muamalat
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank
- Maybank, Maybank Islamic
Terma dan Syarat Pembiayaan
Berikut merupakan senarai terma dan syarat pembiayaan di bawah SJKP, iaitu:
- Jumlah Pembiayaan: Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
- Jenis Pembiayaan: Pembiayaan Berjangka sahaja.
- Tempoh: Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
- Kadar Faedah: Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman.
- MRTA / MRTT: Wajib
- Lain-lain: Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Skim Jaminan Kredit Perumahan ini boleh diajukan menerusi:
- Telefon: 03-2096 5000
- Faks: 03-2096 5090
- Emel: [email protected]
- Alamat Syarikat: Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur. - Soalan Lazim SJKP
Semoga perkongsian artikel Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021 ini berguna kepada mereka yang sedang ingin membuat pembelian rumah buat kali pertama khususnya. Anda juga digalakkan untuk berkongsi informasi ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan, dan juga sesiapa sahaja yang layak.
Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021 ataupun 30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP.