Nota Bahan Pendidikan Tahun 1: Latihan Tambahan Subjek Sains

Bahan Pendidikan Tahun 1: Latihan Tambahan Subjek Sains

219

LATIHAN TAMBAHAN SAINS TAHUN 1

Latihan Tambahan Subjek Sains Tahun 1

Latihan ini adalah berkenaan dengan tema pertama iaitu Kajian Saintifik. Tema ini meliputi aktiviti yang menggalakkan anak murid untuk menggunakan deria pada badan manusia untuk mengkaji sekeliling.

Deria yang terdapat pada badan manusia ialah deria merasa, deria menyentuh, deria melihat, deria mendengar dan deria menghidu. Anggota badan yang terlibat untuk setiap deria ini adalah seperti tangan, hidung, mata, telinga dan lidah.

Aktiviti yang terdapat di dalam lembaran kerja ini juga boleh memperkasakan lagi sifat kepekaan dalam diri murid-murid tahun 1 untuk sentiasa ambil berat dengan setiap fungsi pada tubuh badan mereka.

Dapatkan “Latihan Subjek Sains Tahun 1” di sini


Bahan ini adalah sesuai untuk murid-murid tahun 1 kerana penggunaan gambar yang ringkas memudahkan murid untuk memahami kehendak soalan.

Anda boleh mendapatkan bahan ini dengan memuat turun pada pautan di bawah.

Format bahan ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Semoga dengan adanya bahan ini, dapat menambahkan lagi kefahaman murid-murid tahun 1 khususnya untuk meminati dan memahani subjek sains.

Manfaat daripada Perkongsian

Sains adalah antara mata pelajaran yang penting kerana ianya adalah berkaitan dengan kehidupan seharian. Subjek ini akan menjadi mudah sekiranya murid-murid mempelajari sesuatu topik lalu mengaplikasikan ke dalam kehidupannya. Hal ini akan dapat memberikan gambaran yang jelas kepada murid-murid bagaimana topik ini berfungsi.

Para guru boleh memberikan bahan ini sebagai latihan tambahan, mahupun sebagai latihan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa juga turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini. Misalnya, semasa musim cuti sekolah ibu bapa sesekali boleh memberikan bahan ini kepada anak-anak sebagai aktiviti ulangkaji di rumah. Hal ini turut dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan sesuatu aktiviti yang berguna selain daripada menonton televisyen mahupun bermain telefon pintar.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi tentang bahan latihan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan juga Matematik. Dapatkan bahan-bahan tersebut melalui pautan yang telah disediakan.

Untuk mendapatkan informasi terkini dan sahih, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk maklumat lebih lanjut.