Soalan Peperiksaan Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6 UPSR

Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6 UPSR

2945

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6 UPSR

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6 UPSR ini dikongsi khas untuk guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menilai tahap penulisan murid mereka.

Kebiasaanya bagi pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan, ujian diagnostik ini dijalankan pada awal tahun oleh pihak pentadbiran sekolah. Ini kerana pihak sekolah akan dapat melihat tahap prestasi awal murid sekaligus meletakkan target sekolah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sebenar.

Tujuan utama ujian diagnostik ini adalah agar guru dan pihak sekolah dapat menilai tahap pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran. Seterusnya, merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan pencapaian murid.

Justeru, ujian diagnostik ini penting untuk menentukan tahap pencapaian murid serta mencari langkah terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka.

Untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, ia terdiri daripada Pemahaman dan Penulisan.

Dapatkan “Ujian Diagnostik BM Penulisan” di sini

Kami ingin kongsikan contoh ujian diagnostik mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan ini adalah mengikut format UPSR yang terkini bagi menilai tahap keupayaan murid dalam penulisan Bahasa Melayu. Contoh ujian diagnostik yang dikongsikan terdiri daripada Bahasa Melayu Penulisan, Bahagian A dan Bahagian C pada tahun 2016.

Anda boleh memuat turun atau download menggunakan link yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’

Download : 

Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu

Dengan perkembangan teknologi yang pesat ini, Bahasa Melayu sudah semakin kurang digunakan di dalam bidang perniagaan dan juga perhubungan sosial dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan generasi muda lebih cenderung menggunakan bahasa lain ketika berkomunikasi di sosial media.

Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat, kita perlu berusaha memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia. Sebagai contoh negara Jepun yang merupakan salah satu negara maju di dunia masih menggunakan bahasa ibunda sendiri dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan.

Berikut adalah antara cara-cara yang telah dilakukan dan perlu dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu:-

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlu diluaskan lagi melalui pelbagai platform yang sedia ada seiring dengan teknologi yang berkembang maju
  • Penggunaan teknologi seperti bahan berbentuk digital untuk meluaskan Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan, penyelidikan, perundingan serta perundingan
  • Bahasa pengantara utama dalam kehidupan sosial yang berbilang kaum di negara ini.
  • Bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan-urusan sektor kerajaan
  • Penggunaan dan perkembangan Bahasa Melayu harus dipupuk sejak kecil lagi dalam semua lapisan masyarakat dan bangsa di negara ini
  • Membantu menaikkan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi pusat bahasa dan persuratan Melayu yang berwibawa
  • Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai urusan di sektor swasta
  • Memupuk sifat bangga berbahasa Melayu dalam diri masyarakat
  • Membudayakan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dari segi perbualan, bidang perniagaan dan pelbagai lagi
  • Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memberikan manfaat atau faedah yang menarik kepada penulis agar dapat memupuk minat mereka menerbitkan karya Bahasa Melayu

Manfaat Perkongsian Bersama

Akhir kata, artikel kami ini berkaitan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Penulisan UPSR dapat membantu meningkatkan gaya penulisan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Semoga kita dapat menggalakkan murid-murid menggunakan bahasa kebangsaan dengan lebih meluas seiring dengan teknologi semasa. Pihak sekolah dan para guru diharapkan dapat memberikan dorongan dan menggunakan contoh ujian diagnostik dalam perkongsian ini bagi memantau tahap penguasaan dan prestasi awal murid.

Sebelum ini, kami ada memberi perkongsian Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 UPSR untuk digunakan oleh pentadbiran sekolah dan guru Bahasa Melayu.