Soalan Peperiksaan Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 UPSR

Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 UPSR

11853

Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 UPSR

Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Tahun 6 UPSR. Ujian Diagnostik juga disebut sebagai Ujian Saringan adalah bertujuan untuk menyaring murid-murid bagi mengetahui tahap pencapaian dan pemahaman.

Ujian Diagnostik ialah alat pengukur bagi memantau tahap pencapaian murid dengan mengetahui dimana kelemahan dan kekuatan seseorang murid tersebut. Ujian Diagnostik ini dijalankan berdasarkan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, penilaian diagnostik dianggap sebagai penilaian secara formatif untuk mengetahui dimana kelemahan dan ketidakupayaan murid yang akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid mengalami kesukaran dan kesulitan, maka guru juga akan sukar untuk mencapai matlamat atau objektif yang proses pengajaran dan pembelajaran.

Dapatkan “Ujian Diagnostik Bahasa Melayu & Muka Depan Bahagian A / Bahagian B” di sini


Disini kami kongsikan contoh ujian diagnostik mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mengikut berdasarkan format UPSR terkini bagi mengukur tahap kefahaman murid. Contoh ujian diagnostik yang dikongsikan ini terdiri daripada Bahasa Melayu Pemahaman Bahagian A dan Bahagian B bagi tahun 2016. Terdapat juga muka depan ujian diagnostik Bahasa Melayu Bahagian A dan Bahagian B.

Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’.

Download : 

Kepentingan dan Peranan Bahasa Melayu

Seperti kita sedia maklum, Bahasa Melayu adalah bahasa jiwa bangsa yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dalam pembinaan negara kita.

Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa pengantara atau bahasa ilmu di dalam sistem pendidikan Malaysia.

  1. Bahasa Kebangsaan
    • Bahasa Melayu merupakan asas jati diri rakyat dan negara serta melambangkan bahawa Malaysia terdiri dari rakyat yang berbilang kaum dan bangsa.
  2. Bahasa Rasmi
    • Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantara atau alat perhubungan yang menggerakkan semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran negara
  3. Bahasa Ilmu
    • Bahasa yang digunakan sebagai perantara penyampaian ilmu kepada masyarakat. Dalam usaha membentuk modal insan yang menyumbang kepada negara, Bahasa Melayu amatlah penting dalam membina sahsiah diri mereka.

Cara Memartabatkan Bahasa Melayu

  • Melaksanakan kempen atau Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan
  • Pihak sekolah menjalankan program dan kempen berkenaan Bahasa Melayu seperti pertandingan esei, sajak, pantun, perbahasan dan banyak lagi.
  • Semua urusan rasmi, surat-menyurat yang melibatkan kerajaan haruslah menggunakan Bahasa Melayu
  • Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu telah dikembalikan dalam sistem pendidikan negara
  • Menekankan penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih meluas di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.
  • Pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan mengadakan program antarabangsa yang melibatkan Bahasa Melayu seperti Sayembara Pidato Antarabangsa. Matlamat program seperti ini adalah untuk menonjolkan keindahan Bahasa Melayu ke mata dunia.

Perkongsian

Justeru, dengan perkongsian Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 UPSR  dapat meningkatkan pemahaman murid berkaitan Bahasa Melayu Pemahaman serta meningkatkan keyakinan mereka untuk memperkasa dan memartabatkan kefahaman mereka dalam Bahasa Melayu. Semoga para guru dapat menjadikan contoh ujian diagnostik ini dalam menilai tahap penguasaan dan prestasi awal murid.

Sebelum ini, kami ada memberi perkongsian Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan Tahun 6 UPSR untuk kegunaan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam menilai tahap pemahaman dan penulisan Bahasa Inggeris.