Soalan Peperiksaan Contoh Soalan Ujian Mac Pendidikan Islam Tahun 6

Contoh Soalan Ujian Mac Pendidikan Islam Tahun 6

2155

Soalan Ujian Mac Pendidikan Islam Tahun 6

Soalan Ujian Mac Pendidikan Islam Tahun 6. Mata pelajaran Pendidikan Islam amat penting kepada murid-murid sebagai panduan untuk menjadi seorang yang bersahsian dan membentuk keperibadian yang baik. Mereka memerlukan asas agama Islam dalam melakukan aktiviti kehidupan seharian agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bimbingan berlandaskan agama Islam perlu diberikan pada peringkat awal lagi untuk menerapkan nila-nilai yang terkandung di dalamnya. Penerapan sejak kecil mampu membentuk anak-anak yang mempunyai sahsiah diri, berakhlak mulia dan menjadikan insan berguna dewasa kelak.

Pendidikan adalah satu proses mengajar atau menyampaikan sesuatu ilmu kepada individu lain supaya menjadi insan yang berdisiplin, beramanah yang dapat memberi sumbangan kepada negara. Melalui pendidikan juga, kita dapat menghasilkan generasi yang bijaksana dan mempunyai keseimbangan intelek, emosi, fizikal dan rohani untuk membentuk warganegara yang mementingkan keharmonian dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Dapatkan “Soalan Ujian Mac Pendidikan Islam Tahun 6” di sini

Kami kongsikan soalan-soalan ujian Mac disini yang terdiri daripada contoh soalan ujian Mac bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang mengandungi dua set. Anda boleh mengubah suai soalan mengikut kehendak masing-masing yang dapat meningkatkan tahap pencapaian murid sekolah bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ini.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Berdasarkan Falsafah Pendidikan, Pendidikan Islam amat penting dalam perkembangan diri untuk menjadi individu yang berketrampilan, bersahsiah dari segi intelek, emosi dan rohani dalam melahirkan modal insan yang berguna untuk bangsa dan negara.

Dalam usaha membina masyarakat yang berakhlak mulia, bertakwa dan beriman, pendidikan Islam sejak peringkat awal amatlah penting. Pada sekitar abad ke 14 bersamaan tahun 1960, negara telah mula melaksanakan undang-undang dalam sistem pendidikan. Berikut adalah elemen yang terdapat dalam undang-undang tersebut:-

  • Menguatkuasakan kewajipan bagi elajar beragama Islam mendapat pendidikan islam dari peringkat sekolah
  • Pembinaan institut pendidikan tinggi islam seperti Kolej Islam Malaya pada tahun 1955
  • Semua peringkat sekolah menerapkan pendidikan Islam dalam sistem pembelajaran
  • Perkembangan kemudahan prasarana bagi sekolah dan institusi agama Islam seperti asrama, tempat rekreasi dan jabatan-jabatan pentadbiran di sekolah

Matlamat Pendidikan Islam

Matlamat pendidikan islam adalah ingin membentuk dan melahirkan serta mengembangkan kesempurnaan individu dari aspek-aspek tertentu. Aspek-aspek yang dirangkumi adalah seperti berikut:-

  • Individu
    • Membina individu yang beriman dan bertakwa kepada-Nya
    • Berakhlak mulia
    • Mempunyai akal yang bijaksana
    • Sentiasa menjaga akidah diri berdasarkan agama Islam
  • Keluarga
    • Keluarga bahagia dan harmoni yang mengamalkan amalan berlandaskan agama islam
    • Islam menggalakkan perkahwinan bagi menghalalkan hubungan perempuan dan lelaki
    • Ketua keluarga yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas sepatutnya
  • Masyarakat
    • Masyarakat yang saling bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain
    • Mengamalkan amar ma’ruf dan nahi munkar
    • Sentiasa melakukan ibadah dan amalan di jalan Allah
    • Bersama-sama menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian
    • Mempunyai sifat kasih sayang terhadap saudara seagama mahupun berlainan agama

Manfaat Bersama

Pada kali ini, artikel kami adalah berkenaan tentang Soalan Ujian Mac Pendidikan Islam Tahun 6 khas kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam untuk membuat soalan ujian Mac. Pendidikan Islam amat penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam bagi memastikan segala perilaku dan akhlak berlandaskan agama islam.

Sebelum ini, terdapat juga bahan pendidikan lain yang kami kongsikan seperti Soalan Ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 6  untuk kegunaan guru-guru RBT menjalankan ujian Mac kepada murid.