Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sekolah Muka Surat 8&9

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sekolah Muka Surat 8&9

180

Latihan Prasekolah Pagar sesat ms 8-9

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sekolah Muka Surat 8&9 ini merupakan sambungan daripada perkongsian yang lepas. Selain daripada membantu para guru dalam menyediakan latihan tambahan selaras dengan proses pembelajaran dan pengajaran, perkongsian ini juga bertujuan untuk menambah kemahiran kognitif murid-murid prasekolah.

Kemahiran kognitif seperti kemahiran berfikir, berimaginasi, menganalisis dan sebagainya. Kemahiran ini boleh dipupuk dengan melakukan latihan tambahan yang disediakan ini. Menurut Mook Soon Sang (2009), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh orang yang lebih dewasa, yang lebih berpengalaman dan yang lebih berilmu pengetahuan.

Berdasarkan kenyataan di atas, guru adalah sebagai pendidik merupakan individu yang memainka peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak untuk mencapai tahap yang optimum.

Kepentingan Latihan Kemahiran Kognitif

Daripada Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsjy (193401986), antara kepentingan penguasaan teori perkembangan teori kognitif ialah membantu guru untuk merancang pengalaman pembelajaran manakala menurut Mok Soon Sang (2009), ditakrifkan sebagai pengalaman pembelajaran sebagai suatu bentuk gerak balas atau interaksi murid dengan alam sekeliling.

Berdasarkan teori-teori di atas, ianya memerlukan penglibatkan aktif dalam kalangan murid ketikan berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sekolah Muka Surat 8&9” di sini


Latihan ini disediakan untuk guru-guru dan juga ibu bapa yang memerlukan latihan tambahan untuk murid atau anak-anak mereka.

Di sini, kami paparkan latihan yang disediakan. Jika ingin mendapatkan latihan ini, sila muat turun pada pautan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Antara latihan-latihan yang pernah dikongsikan untuk murid prasekolah adalah:

  • Latihan Tambahan: Aktiviti Prasekolah Muka Surat 1-3
  • Aktiviti Pagar Sesat bagi Latihan Prasekolah Muka Surat 4&5
  • Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 6-7

Mengajar murid-murid prasekolah merupakan satu cabaran bagi guru-guru. Hal ini kerana, murid-murid prasekolah merupakan murid yang baru sahaja hendak mengenali alam persekolahan. Mereka boleh menjadi sedikit teruja, ketakutan dan lain-lain lagi perasaan. Jadi, guru prasekolah perlulah bijak untuk menguruskan kaedah pembelajaran agar dapat menarik perhatian murid-murid untuk kekal fokus dalam pelajaran.

Diharapkan agar dengan perkongsian Latihan Tambahan untuk murid Prasekolah ini, dapat memberikan manfaat kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini dan juga bahan-bahan pendidikan yang lain.