Soalan Ujian Mac Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6 dikongsikan kepada guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan memberikan banyak faedah kepada tumbesaran kanak-kanak dari segi minda dan kesihatan.
Murid-murid akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan seperti mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan pelbagai lagi. Untuk menjadi individu yang sihat mental dan fizikal, murid perlu diajar mengenai kesihatan secara keseluruhan dimana dapat membantu perkembangan minda mereka, kesihatan diri dan kesejahteraan diri mereka.
Pendidikan Jasmani adalah satu proses pendidikan yang merangkumi tentang aspek berkaitan fizikal, mental dan sosial untuk mencapai tahap kecergasan minda yang tinggi. Pelbagai kemahiran fizikal akan dilatih di dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini. Selain itu, menurut ahli falsafah luar, Pendidikan Jasmani merupakan satu program pendidikan yang merangkumi perkembangan dan pembangunan kanak-kanak secara menyeluruh melalui aktiviti di dalamnya.
Pendidikan Kesihatan pula lebih menfokuskan ilmu berdasarkan aspek emosi, fizikal, mental dan sosial secara berterusan. Melalui Pendidikan Kesihatan ini, murid akan belajar pengurusan emosi dalam membuat keputusan, mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang dan meningkatkan kesihatan diri.
Antara matlamat utama Pendidikan Kesihatan adalah untuk melahirkan individu yang mampu mengawal kesihatan diri, membina keluarga yang sihat serta membentuk masyarakat yang mengamalkan persekitaran sihat, positif untuk kesejahteraan sejagat.
Dapatkan “Soalan Ujian Mac Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6” di sini
Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan bahan berkaitan ujian Mac yang terdiri daripada satu set contoh soalan ujian Mac bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Set soalan ini boleh diubah suai mengikut pihak sekolah sendiri. Semoga perkongsian ini dapat memantapkan lagi tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Link Download disini
- Contoh Soalan Ujian Mac Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6
Kepentingan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini, pelajar akan dapat beberapa kepentingan seperti:-
- Mereka akan terdedah dengan maklumat berkenaan perubahan fizikal, sistem reproduktif manusia, perubahan kanak-kanak ke remaja, langkah penjagaan diri
- Memahami cara untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi tertentu
- Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk kesihatan diri
- Mengetahui kesan buruk dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat setempat
- Mempelajari kemahiran asertif bagi mengawal emosi diri
- Mempelajari kaedah berkesan bagi menguruskan tekanan daripada rakan sebaya
- Mengetahui penyakit berjangkit dan cara untuk mencegahnya
- Menjaga keselamatan diri terutamanya dari segi pergaulan
Oleh itu, selaras dengan Falsafah Pendidikan, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini memberi penekanan terhadap perkembangan dan perubahan individu dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memupuk nilai-nilai dan kemahiran asas berkaitan kesihatan kepada generasi akan datang.
Faedah Bersama
Artikel Soalan Ujian Mac Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6 ini adalah untuk panduan kepada guru-guru sekolah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Contoh soalan yang dikongsikan ini adalah hanya sebagai sumber rujukan dalam membuat soalan ujian bulanan seperti bulan Mac. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian terutamanya dari sudut perkembangan murid seperti perubahan fizikal, emosi, tingkah laku, pengetahuan asas berkaitan kesihatan dan sebagainya.
Untuk mengetahui dan mencari bahan-bahan pendidikan lain, kami ada kongsikan di laman sesawang kami Sistem Guru Online bagi kemudahan para guru. Antara artikel yang kami kongsikan sebagai contoh Soalan Ujian Mac Pendidikan Moral Tahun 6 untuk kegunaan guru-guru pendidikan Moral untuk menjalankan ujian Mac kepada murid.