Latihan Latihan Matematik Tahun 1= Unit: Operasi Asas Tambah Tolak, Muka Surat 3-4

Latihan Matematik Tahun 1= Unit: Operasi Asas Tambah Tolak, Muka Surat 3-4

723

Latihan Matematik Tahun 1 Operasi Asas Muka Surat 3-4

Latihan Matematik Tahun 1= Unit: Operasi Asas Tambah Tolak, Muka Surat 3-4. Peringkat rendah adalah peringkat yang sesuai untuk mendidik mata pelajaran matematik khususnya untuk pelajar tahun 1, bak kata pepatah ‘Meluntur Buluh Biarlah dari Rebungnya’.

Pelbagai kaedah para guru telah laksanakan untuk mendidik pelajar dalam meminati mata pelajaran Matematik ini kerana mata pelajaran ini adalah penting untuk kesinambungan pada peringkat persekolahan yang akan datang.

Cara Meningkatkan Kemahiran Matematik

Kemahiran Asas Matematik termasuklah mengenali nombor, operasi tambah tolak dan sebagainya. Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh para guru, ibu bapa dan pelajar untuk menambah kemahiran matematik adalah:

  • Bermain sambil belajar adalah salah satu cara yang pasti akan dapat menarik minat para pelajar khususnya pada peringkat rendah. Hal ini kerana, telah menjadi fitrah semula jadi kanak-kanak adalah bermain dan permainan yang melibatkan operasi-operasi matematik ini dapat membantu penguasaan dalam mata pelajaran ini.
  • Para pelajar hendaklah semak semula nota-nota sebelum memasuki kelas. Perkara ini dapat membantu pelajar bagi mengingati dengan lebih baik tentang formula-formula penting serta dapat meningkatkan keyakinan dalam mempelajari mata pelajaran ini.
  • Aplikasikan matematik di dalam kehidupan seharian. Dengan cara ini, kita akan mudah untuk mengingati formula dan operasi penting kerana sering digunakan. Ibu bapa perlulah sentiasa mengaplikasikan operasi asas matematik semasa di rumah bersama anak-anak.
  • Selain itu, para pelajar perlulah sentiasa mencabar diri untuk melakukan latihan-latihan matematik yang sukar agar perkara yang sukar akan menjadi kebiasaan pada diri. Hal ini akan memudahkan lagi pelajar untuk menjawab soalan-soalan sukar pada akan datang. Pada masa yang sama, soalan yang sukar turut dapat mengasah pemikiran untuk berfikir secara kritis.

Tips ini adalah daripada

Dapatkan “Latihan Matematik Tahun 1= Unit: Operasi Asas Tambah Tolak, Muka Surat 3-4” di sini


Sila muat turun latihan ini di dalam pautan di bawah. Latihan ini juga boleh digunakan untuk dicetak sebagai latihan tambahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Matematik Tahun 1, Operasi asas Muka Surat 3-4

Dapatkan Latihan Matematik Tahun 1 Muka Surat 1 dan 2 di dalam pautan yang disediakan ini.

Layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini dan juga bahan-bahan pendidikan untuk para guru dan ibu bapa.