Soalan Ujian Mac Pendidikan Moral Tahun 6 yang dikongsikan ini adalah untuk kegunaan semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Ianya perkongsian boleh dijadikan panduan kepada guru-guru untuk menyediakan soalan bagi ujian Mac.
Untuk menjadi manusia yang bersahsiah, berakhlak serta dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat dan negara. Bagi murid yang beragama islam, mereka akan belajar nilai-nilai murni di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Manakala Pendidikan Moral ini adalah khas untuk pelajar bukan beragama islam.
Dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dapat melahirkan manusia yang berakhlak mulia yang dituntut dalam agama, adab dan budaya kita. Kini, murid-murid telah diterapkan dengan pelbagai nilai-nilai murni di dalam setiap mata pelajaran sejak peringkat awal di sekolah. Ini kerana, nilai-nilai murni dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni saling bertoleransi dan taat kepada agama masing-masing.
Selain menerapkan nilai-nilai murni di dalam sistem pendidikan, ibu bapa juga digalakkan untuk mengajar anak mereka adab dan nilai-nilai yang berdasarkan agama sejak kecil lagi. Bak kata pepatah “Melentur buluh biar dari rebungnya”, jika nilai-nilai ini dipraktikkan sejak awal lagi, maka hasilnya akan menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah.
Contents
Dapatkan “Soalan Ujian Mac Pendidikan Moral Tahun 6” di sini
Kami kongsikan disini merupakan soalan-soalan untuk ujian Mac yang terdiri daripada contoh soalan ujian Mac bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Soalan yang dikongsi adalah soalan beraneka pilihan. Guru-guru bebas untuk mengubah suai soalan mengikut gaya tersendiri yang dapat membantu perkembangan akademik murid dalam mata pelajaran Pendidikan Moral ini.
Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’
Download : Link Download disini
- Contoh Soalan Ujian Mac Pendidikan Moral Tahun 6
Cara Mempraktikkan Pendidikan Moral
Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan segala nilai-nilai di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.
Ibu bapa
- Menunjukkan keperibadian yang baik di depan anak-anak
- Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seperti berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati orang tua dan sebagainya
- Mengajar anak mereka nilai-nilai berlandaskan agama
- Meluang masa bersama anak-anak
- Memberikan kasih sayang yang sepenuhnya
Guru dan Pihak Sekolah
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran di sekolah
- Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif penuh dengan nilai-nilai murni seperti mural, papan tanda kata-kata semangat dan pelbagai lagi
- Melaksanakan program-program bermanfaat seperti Kempen Anti Dadah dan sebagainya
- Menetapkan peraturan-peraturan agar murid berdisiplin
- Memimpin murid menjadi seorang yang berdedikasi, berwawasan dan mempunyai daya pemikiran yang luas
Oleh itu, semua masyarakat perlulah saling bekerjasama untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda. Dengan arus pemodenan yang semakin maju, generasi kini sudah semakin kurang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka. Bagi memastikan nilai-nilai murni sentiasa mengalir dari generasi ke generasi lain, semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing ke arah mewujudkan negara yang aman dan berkualiti.
Perkongsian Berfaedah
Artikel ini adalah tentang Soalan Ujian Mac Pendidikan Moral Tahun 6 dikongsi khas untuk para guru di luar yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Contoh soalan ini boleh dijadikan panduan dalam membuat soalan ujian bulanan seperti bulan Mac. Pendidikan Moral amat penting dalam kehidupan seharian terutamanya kepada murid untuk mengamalkan nilai-nilai murni agar segala tingkah laku mengikut kehendak agama masing-masing.
Kami juga ada kongsikan bahan-bahan pendidikan lain sebagai contoh Soalan Ujian Mac Pendidikan Islam Tahun 6 untuk kegunaan ustazah dan ustaz yang mengajar Pendidikan Islam untuk menjalankan ujian Mac kepada murid.