Soalan Peperiksaan Contoh Soalan Ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 6

Contoh Soalan Ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 6

2206

Soalan Ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 6

Contoh Soalan Ujian Mac Reka bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 6 adalah untuk guru-guru bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) untuk menilai tahap pencapaian murid dalam Reka bentuk dan Teknologi (RBT).

Mata pelajaran Reka bentuk dan Teknologi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Untuk mencipta sesebuah bahan atau produk, kemahiran reka bentuk adalah asasnya sebagai contoh rak buku, rak kunci, tempat letak alat tulis dan pelbagai lagi.

Kemahiran reka bentuk memainkan peranan penting dalam perkembangan teknologi dan inovasi yang mampu menyumbang dalam ekonomi negara. Untuk menghasilkan reka bentuk bahan mempunyai kualiti yang baik, ia haruslah mempunyai fungsi utama dan fungsi yang lain. Selain itu, reka bentuk bahan mestilah mesra alam dan tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Lazimnya, murid-murid perlu mencipta bahan reka bentuk dengan menggunakan barang-barang kitar semula seperti kotak, straw, surat khabar, botol plastik dan bermacam-macam lagi. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan bahan reka bentuk tersebut.

Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

Segala kemudahan yang kita peroleh dalam kehidupan seharian kita adalah dengan melalui perkembangan reka bentuk dan teknologi. Sebagai contoh kenderaan, alat elektronik komunikasi, televisyen dan pelbagai lagi merupakan hasil produk daripada reka bentuk dan teknologi. Berikut adalah beberapa kepentingan reka bentuk dan teknologi kepada manusia:-

  • Dapat menyumbang pembangunan dalam bidang sosial dan sains
    • Setiap hari mencipta sesuatu produk yang terbaru dan mempunyai banyak manfaat kepada manusia
  • Memenuhi keperluan masyarakat mengikut tren dan teknologi terkini
    • Telefon bimbit dengan pelbagai fungsi menarik yang mengikut tren dari masa ke masa
  • Menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu kerja
    • Kemudahan seperti kenderaan, tren, mesin fax, komputer, tablet yang memudahkan kita melakukan kerja seharian dengan lebih pantas dan efisyen.
  • Menggalakkan generasi sekarang lebih kreatif dan berinovasi
    • Melakukan program reka cipta inovasi di pelbagai peringkat untuk melatih generasi kini menghasilkan sesuatu produk yang bermanfaat kepada semua pihak
    • Produk yang selamat digunakan dan mesra alam
  • Dapat memberi banyak pekerjaan terutama dalam perniagaan 
    • Membuka pekerjaan reka bentuk yang merangkumi pelbagai jenis industri seperti pembuatan, pengangkutan, teknologi maklumat, penjualan dan lain-lain

Dapatkan “Soalan Ujian Mac RBT Tahun 6” di sini

Disini, terdapat bahan yang kongsikan iaitu contoh soalan bagi ujian Mac bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang mengandungi dua set. Anda boleh mengubah soalan-soalan mengikut keperluan sendiri dan berdasarkan tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ini.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’

Download : Link Download disini

  • Contoh (1) Ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6
  • Contoh (2) Ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

Perkongsian Bermanfaat

Artikel yang kami dikongsikan kali ini ialah berkaitan dengan Soalan Ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 untuk memudahkan semua guru dalam menghasilkan soalan bagi ujian Mac Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Kemahiran Reka Bentuk adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Selain dapat memastikan murid menguasai topik-topik di dalam mata pelajaran ini, RBT juga bertujuan untuk menghasilkan generasi yang kreatif dan mempunyai inovasi yang tinggi.

Kami ada berkongsi artikel mengenai bahan pendidikan berkaitan soalan bagi mata pelajaran Sejarah seperti Soalan Ujian Mac Sejarah Tahun 6 sebagai sumber rujukan kepada guru-guru dalam memastikan murid seronok mempelajari Reka Bentuk dan Teknologi serta melaksanakan ujian-ujian di sekolah.