Latihan LATIHAN TAHUN 1: Bahasa Inggeris Tema 1 Unit 1 Halaman 1

LATIHAN TAHUN 1: Bahasa Inggeris Tema 1 Unit 1 Halaman 1

388

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 Tema 1 Unit 1 Halaman pertama

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua di dalam negara kita dan mempunyai pelbagai kepentingannya apabila mempelajari bahasa ini. Murid-murid pada peringkat rendah adalah antara golongan yang paling digalakkan untuk mempelajari bahasa ini kerana pada peringkat inilah mereka mudah untuk mengimplikasikan bahasa ini dalam kehidupan seharian.

Latihan ini menggunakan konsep arahan yang mudah untuk difahami. Ini juga dapat membantu para guru untuk menerangkan arahan latihan dengan mudah tanpa sebarang kekeliruan untuk murid pada tahun 1 ini.

Kepentingan Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting di dalam kehidupan seharian. Umumnya Bahasa Inggeris digunakan di dalam bidang perniagaan dan sebagainya. Antara kepentingan Bahasa Inggeris adalah:

  • Bahasa Inggeris dapat membuka peluang pekerjaan yang luas. Sebagai contoh, terdapat pelbagai syarikat antarabangsa yang telah wujud di Malaysia. Apabila seseorang individu menguasai Bahasa Inggeris, sudah pasti ianya merupakan salah satu kelebihan apabila individu tersebut memohon pekerjaan.
  • Penggunaan Bahasa Inggeris adalah bahasa utama di dalam dunia maya. Hal ini kerana pelbagai sumber adalah berbahasa Inggeris dan apabila seseorang individu menguasai bahasa tersebut, ini akan membuka peluang yang besar bagi mereka untuk mengakses bahan-bahan di Internet.

Dapatkan “Latihan Bahasa Inggeris Tema 1 Unit 1 Halaman 1” di sini


Latihan ini dikongsikan untuk memudahkan para guru dan ibu bapa yang memerlukan latihan-latihan di sekolah atau di rumah. Latihan pada kali ini adalah berfokuskan kepada Tema pertama Unit pertama supaya selaras dengan proses pembelajaran dan pengajaran.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Mempelajari bahasa asing adalah suatu perkara yang agak sukar untuk dipelajari oleh kanak-kanak kerana mereka dan bahasa baru adalah perkara asing. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak untuk senang menerima bahasa kedua ini. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menggantikan perkataan bahasa melayu yang sering digunakan di dalam kehidupan seharian dengan bahasa inggeris. Hal ini kerana, ianya dapat membiasakan pendengaran kanak-kanak pada peringkat awal dengan bahasa ini.

Misalnya, jika seseorang ibu itu selalu mengajak anaknya untuk makan, gantikan ayat tersebut kepada Bahasa Inggeris. Perkara ini dapat memberikan pandangan awal kepada anak-anak bahawa bahasa yang didengari adalah bahasa selain daripada bahasa di dalam kehidupan seharian mereka.

Lama-kelamaan, mereka sendiri akan terikut dengan Bahasa Inggeris tersebut.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan latihan tambahan mata pelajaran tahun 1. Antaranya ialah Latihan Bahasa Melayu Tahun 1, Latihan Matematik Tahun 1 Operasi Asas dan sebagainya.

Untuk mendapatkan maklumat dan bahan-bahan pendidikan yang terkini, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.