Modul DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BADMINTON SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BADMINTON SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

967

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BADMINTON SEKOLAH RENDAH BAGI GURU. Modul latihan merupakan satu kepentingan kepada guru untuk mengajarkan dan memudahkan kefahaman kepada murid sesuai peringkat dan tikatan akal fikiran murid-murid.

Melalui penetapan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan modul-modul latihan bagi memudahkan pembelajaran ko-kurikulum bersistematik dan menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan modul latihan sukan Badminton Sekolah Rendah, anda boleh merujuk dibawah.

Pengenalan Sukan Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.- Sumber :WIKIPEDIA

Perkembangan Sukan Badminton Di Malaysia

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal tahun 1809.Permainan badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam.Di Muzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain permainan Poona atau badminton.

Pada peringkat awal permainan ini , tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan.Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu.Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk disitu.Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa(BF)ditubuhkan.Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.

Pada 11 November 1934 , Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan.Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak.Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England . Pada tahun 1953-1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya.Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas. Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona,badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.

Kini, sukan Badminton merupakan sukan utam di Malaysia. Kita juga mempunyai lagenda badminton iaitu, Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya merangkul berbagai kejuaraan dan beberapa anugerah. Malaysai terus bergiar menghasilkan pemain badminton untuk negara melalui sekolah sukan. Terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia ( SSM ) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil ( SSBJ ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar ( SSBP ) dan pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ .

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BADMINTON SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan Badminton bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Liha Juga Beberapa Modul Latihan Yang Lain:

  1. Modul Latihan Sukan Bola Tampar Bagi Sekolah Rendah
  2. Modul Latihan Sukan Ping Pong Bagi Sekolah Rendah
  3. Modul Latihan Sukan Bola Sepak Bagi Sekolah Rendah
  4. Modul Latihan Sukan Bola Keranjang Bagi Sekolah Rendah
  5. Modul Latihan Sukan Sepak Takraw Bagi Sekolah Rendah
  6. Modul Latihan Sukan Olahraga Bagi Sekolah Rendah
  7. Modul Latihan Sukan Hoki Bagi Sekolah Rendah

Download File  Modul Latihan Sukan Badminton Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN BADMINTON SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Bagi Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.