Modul DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

1096

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH BAGI GURU. Dalam membantu proses pengajaran guru di sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan beberapa usaha antaranya ialah menyediakan dan menetapkan modul latihan sukan Olahraga sekolah rendah. Ini akan dapat membantu sekaligus memudahkan proses pengajaran guru yang akan lebih teratur dan sistematik.

Guru boleh mengikuti pengajaran yang ditetapkan di dalam modul latihan sukan Olahraga. Melalui penetapan modul latihan bagi sekolah rendah oleh KPM, Ia adalah penetapan yang sesuai dan memadai bagi peringkat sekolah rendah sahaja. Dibawah ada disediakan file modul latihan sukan olahraga sekolah rendah bagi guru terutama guru sukan yang memerlukan.

Pengenalan Sukan Olahraga

Sukan Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar, dan berjalan kaki secara bersaingan.Jenis pertandingan olahraga yang paling biasa ialah balapan dan padang, berlari di jalan raya, berlari merentas desa, dan lumba jalan kaki.

Sejarah Sukan Olahraga Di Malaysia

Sukan olahraga adalah sukan yang dipertandingkan secara teratur dan formal sejak pada tahun 1906 lagi.Pada tahun itu, Perak Athletics Association ( PAA ) telah ditubuhkan di Taiping,Perak, oleh pegawai-pegawai British yang bertugas di Malaya(Dikenali Malaya sebelum Malaysia).

Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh,Perak. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput tersebut dan Padang Ipoh ketika itu dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932,Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita .Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut .Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff Great Britain pada tahun 1948.

Sukan Olahraga Dan Negara Malaysia

Sukan Olahraga di Malaysia sememangnya mendapat sambutan yang baik. Sejarah sukan Olahraga di Malaysia boleh dilihat melalui penganjuran beberapa kejohanan besar di peringkat antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP , Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Sukan Olahraga Di Peringkat Sekolah

Di peringkat sekolah, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu,Kejohanan Olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan Olahraga bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Download File  Modul Latihan Sukan Olahraga Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Bagi Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.