Modul DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

373

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH BAGI GURU .Dalam membantu proses pengajaran guru di sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan dan menetapkan modul latihan sukan bagi sepak takraw sekolah rendah. Ini akan dapat membantu proses pengajaran guru yang akan lebih teratur dan sistematik.

Guru boleh mengikuti pengajaran yang ditetapkan di dalam modul latihan sukan sepak takraw.Melalui penetapan modul latihan oleh KPM adalah penetapan yang sesuai dan memadai bagi peringkat sekolah rendah sahaja.Dibawah ada disediakan file modul latihan sukan sepak takraw sekolah rendah bagi guru yang memerlukan.

Pengenalan Sukan Sepak Takraw

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu.Dua regu yang bertanding di gelanggang dipisahkan dengan jaring yang berukuran sama seperti gelanggang badminton.

Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad,Putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Di Malaysia permainan ini disebut ‘ sepak raga , di Filipina ‘ sipa , di Burma ‘ chinlone di Laos kator , dan di Thailand takraw.Permainan sepak takraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton.

Pada tahun 1940an, permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton.Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini,perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini.Akhirnya atas dasar bertolak ansur,Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan ‘sepak ‘ dan ‘takraw’ menjadi satu perkataan .

Pada masa kini permainan sepak takraw telahpun mengalami evolusi.Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh atlet lelaki tetapi dimainkan oleh atlet wanita.

Bilangan pemain seramai 3 orang setiap regu 

  • Salah seorang pemain belakang berada di dinamakan tekong
  • Dua orang lagi berada di hadapan , seorang di sebelah kiri ( Apit Kiri ) dan seorang di sebelah kanan ( Apit Kanan ).
  • Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalan.

Memulakan Permainan Sepak Takraw

Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi.Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan.Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata.

Antara kesalahan :

  1. Melanggar jaring dan tiang.
  2. Menggunakan tangan.
  3. Mengawal bola lebih dari 3 sentuhan.
  4. Bermain dengan cara berbahaya.
  5. Mana-mana pemain yang membaling bola untuk sepak mula dengan mengangkat kaki memijak garisan atau tangan melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakkan dibuat.
  6. Mana-mana bahagian anggota pemain yang memasuki kawasan lawan sama ada di atas atau di bawah jaring .

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan sepak takraw bagi peringkat sekolah rendah. Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online.

Download File  Modul Latihan Sukan Sepak Takraw Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN SEPAK TAKRAW BAGI GURU

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.