Bahasa Inggeris adalah merupakan subjek yang paling Tcer minat dari kecil. Bahasa Inggeris mungkin kelihatan seperti satu subjek yang agak sukar dipelajari dan dikuasai bagi kita yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaraan dan bahasa utama. Namun begitu, jika kita memberikan tumpuan sewajarnya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris, kita akan mendapati bahawa mempelajari Bahasa Inggeris adalah sama seperti mempelajari Bahasa Malaysia. Ia juga mempunyai tatabahasa yang banyak seperti Bahasa Malaysia.
Pendedahan kepada penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak adalah suatu yang tidak asing lagi pada masa kini. Ramai kanak-kanak sekarang yang sudah boleh menguasai komunikasi asas dalam Bahasa Inggeris.
Lembaran kerja yang Tcer kongsikan kali ini adalah lembaran kerja yang terdiri daripada 31 muka surat yang mengandungi latihan dalam Bahasa Inggeris yang bersesuaian dilakukan oleh pelajar tahap 1 sekolah rendah memandangkan ia adalah latihan asas yang ringkas dan mudah untuk disiapkan.
Memandangkan latihan ini juga terdiri daripada helaian muka surat yang banyak, guru atau ibu bapa boleh muat turun dan mencetaknya menjadi buku latihan. Ia boleh dijadikan sebagai latihan di dalam kelas, latihan masa lapang atau sebagai kerja rumah.
MUAT TURUN SEKARANG :