Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) ini dikongsi bagi tujuan membantu para guru yang menyandang jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) mengakses dan menggunakan fail meja ini sebagai panduan dan rujukan.
Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan salah satu aspek yang penting dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Dengan adanya pengurusan Hal Ehwal Murid yang berkualiti dan berkesan ianya dapat membantu menghasilkan sekolah berkesan serta mampu mencapai visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan.
Kandungan di dalam Fail Meja PK HEM
Setiap Fail Meja mempunyai kandungan dan fungsi yang berlainan mengikut tugas dan bidang kerja. Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapair Dasar Pendidikan Kebangsaan serta bertanggungjawab meningkatkan nilai murni serta penerapan disiplin dalam kalangan pelajar. Selain daripada bertanggungjawab dalam memastikan disiplin dan sahsiah murid terpelihara, Penolong Kanan juga berperanan untuk menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke masa. Berikut merupakan senarai kandungan yang terdapat didalam Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM):
- Pengurusan Disiplin.
- Pengurusan SPBT.
- Pengurusan Kantin.
- Pengurusan Bimbingan & Kaunseling.
- Pengurusan Keselamatan.
- Pengurusan Kesihatan.
- Pengurusan Biasiswa.
- Pengurusan RIMUP.
- Pengurusan Koperasi Sekolah.
- Pengurusan Hal Ehwal Murid.
- Pengurusan Asrama.
- Pengurusan Kebajikan.
- Pengurusan SMM.
Dapatkan “Fail Meja PK HEM” di sini
Sila download menggunakan link yang telah disediakan untuk mendapatkan Fail Meja PK HEM.
Download : Link Download disini
Faedah Fail Meja
Umumnya fail meja adalah berfungsi untuk memudahkan para penjawat awam tetapi terdapat pelbagai faedah dan manfaat yang ditemui dengan penghasilan dan
- Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi.
- Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan tugas.
- Menentukan peraturan pejabat atau jabatan yang diletakkan.
- Mengurangkan kesalahan operasi semasa menjalankan tugas.
- Mengurangkan masa latihan kepada kakitangan baru.
- Memudahkan pertukaran staf dari satu jabatn ke jabatan yang lain.
- Memudahkan kajian atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem dibuat.
- Mengurangkan arahan lisan berkenaan dengan panduan menjalankan tugas.
- Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan kakitangan lain.
Fail meja perlu diserahkan apabila seseorang pegawai atau penjawat awam tersebut akan bertukar keluar daripada jabatan. Seterusnya, fail meja tersebut akan digunakan oleh pegawai yang baru melaporkan diri sebagai panduan dan rujukannya semasa menjalankan tugas.
Dengan adanya fail meja bagi jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, proses pertukaran pegawai turut mudah untuk dilakukan disamping dapat mengurangkan penerangan secara lisan. Hal ini demikian kerana pegawai baru akan mendapat panduan melalui fail meja pegawai yang lama tentang cara pelaksanaan bidang tugas ini. Fail meja yang telah diisi oleh pegawai lama turut dapat disemak dan dijadikan penanda aras bagi pegawai baru jika terdapat kesalahan yang pernah dilakukan oleh pegawai lama. Hal ini dapat meminimakan kesilapan oleh pegawai.
Cara pengurusan Penolong Kanan Hal Ehwal juga dapat diseragamkan dengan adanya fail meja ini kerana semua rekod tugas dan bidang kerja telah dicatatkan didalam fail meja serta dapat mengkaji tentang sistem kerja yang dilakukan bagi membuat penambahbaikan dengan hanya menyemak semula rekod catatan didalam fail meja.
Fail meja tidak boleh bersifat terlalu peribadi kerana ianya akan di gunakan oleh pegawai yang lain.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para guru khususnya. Sebelum ini, kami ada berkongsi berkenaan dengan Kompilasi Fail Meja bagi guru-guru.