Permainan Flashcard Kenali Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

Flashcard Kenali Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

340

 

flashcard kenali malaysia

Flashcard Kenali Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan. Sempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi, kami kongsikan bahan pendidikan yang dapat membantu kanak-kanak mengenali serba-sedikit mengenai negara.

Bahan pendidikan yang bertemakan Hari Kebangsaan adalah sangat penting dalam memupuk sifat sayangi negara dalam diri mereka di awal usia. Ia penting bagi menyedarkan mereka mengenai kemerdekaan dan kebebasan yang telah dikecapi hasil pengorbanan wira negara.

Di dalam flashcard ini, ia menyenaraikan perdana menteri Malaysia sehingga ke hari ini bagi memperkenalkan kepada kanak-kanak mengenai Perdana Menteri yang telah banyak berjasa kepada negara dari aspek kemerdekaan, pembangunan dan keharmonian.

Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan prasekolah, lebih sesuai untuk didedahkan dengan sejarah yang ringkas serta mempelajari bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Melalui kaedah ini, mereka akan mengetahui kisah mengenai sesuatu bangunan yang telah lama digunakan di Malaysia sejak zaman penjajah lagi.

Dapatkan “Flashcard Kenali Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan” di sini


Di sini kami sediakan bahan pendidikan bersempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba. Ia boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar atau bahan tambahan kepada kanak-kanak ketika di rumah untuk mengenali negara. Sumber bahan adalah daripada telegram Brainy Smart NUR. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : e-Flashcard Tema Kemerdekaan

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Flashcard Kenali Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak di rumah. Pada masa yang sama, diharapkan bahan ini dapat membantu kanak-kanak mengenali tentang Malaysia dengan lebih mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk diberikan kepada murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.