Pra Sekolah Lembaran Menarik Kenali Huruf bagi Murid Prasekolah

Lembaran Menarik Kenali Huruf bagi Murid Prasekolah

1232

latihan menarik kenali huruf

Lembaran Menarik Kenali Huruf bagi Murid Prasekolah. Ketika menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara di rumah (PdPr), pendidikan anak-anak perlulah diberikan perhatian dari segi penyediaan bahan pendidikan dan sebagainya.

Bagi menjadikan sesi pembelajaran kanak-kanak menjadi lebih meriah di rumah, ibu bapa perlulah menjadi kreatif dan menggunakan pelbagai bahan ketika mendidik mereka. Jika hanya bergantung kepada lembaran-lembaran kerja, sudah pasti kanak-kanak akan mudah bosan dan tidak mahu penyambung sesi pembelajaran.

Ia akan menjadikan anak-anak mudah untuk ketinggalan dalam pembelajaran. Maka, ibu bapa perlulah mencari bahan pendidikan yang interaktif seperti bahan yang dikongsikan pada kali ini. Ia menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan pompom atau kertas berwarna-warni yang dibentukkan menjadi bulat.

Melalui kaedah ini, mereka akan lebih tertarik untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dan memenuhi ruangan abjad.

Dapatkan “Lembaran Menarik Kenali Huruf bagi Murid Prasekolah” di sini


Di sini kami kongsikan bahan pendidikan yang menarik untuk para guru dan ibu bapa berikan kepada kanak-kanak dalam memberikan pendidikan walaupun tidak menjalani sesi persekolahan seperti kebiasaan. Ia boleh dijadikan sebagai latihan tambahan atau aktiviti tambahan ketika waktu lapang. Sumber bahan adalah daripada Facebook Aht Ain. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Interaktif Mengenali Huruf Prasekolah

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Menarik Kenali Huruf bagi Murid Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak dalam melakukan latihan mengenali huruf.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.