Cerita Kanak-kanak Himpunan Buku Cerita Menarik Kanak-kanak

Himpunan Buku Cerita Menarik Kanak-kanak

12127

 

himpunan buku cerita menarik kanak-kanak

Himpunan Buku Cerita Menarik Kanak-kanak ini sesuai untuk kanak-kanak prasekolah, tahun 1 untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka. Pada masa yang sama, di dalam himpunan buku cerita ini juga mempunyai nilai-nilai murni yang boleh diteladani oleh kanak-kanak.

Penggunaan bahasa yang ringkas serta grafik yang menarik, akan dapat membantu menggalakkan murid-murid untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan bacaan mereka. Para ibu bapa juga perlulah memainkan peranan semasa bersama-sama dengan anak-anak di rumah. Luangkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak dan bacakan buku ini bersama dengan mereka. Selain daripada dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca mereka, hubungan kekeluargaan juga dapat diwujudkan semasa bersama-sama dengan anak-anak.

Kelebihan Amalan Membaca

Amalan membaca yang dipupuk sejak dari kecil dapat memberikan pelbagai manfaat antaranya ialah:

  1. Dapat mengisi masa lapang kanak-kanak dengan perkara yang berfaedah dan dapat mengelakkan anak-anak daripada hanya meluangkan masa dengan telefon bimbit sepanjang masa.
  2. Meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Membaca adalah jambatan ilmu kerana melalui pembacaan, pembaca akan dapat memperoleh sesuatu maklumat. Misalnya, kanak-kanak yang membaca buku bahasa inggeris, mereka akan dapat meluaskan dan menambahkan perbendaharaan kata.

Dapatkan “Himpunan Buku Cerita Menarik Kanak-kanak” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh dicetak oleh para guru dan ibu bapa dan digunakan semasa di dalam kelas. Bahan ini juga boleh dijadikan sebagai latihan insentif bagi membantu kemahiran membaca kanak-kanak.

Sila muat turun bahan ini melalui senarai pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Selain itu, kami juga ingin berkongsi koleksi cerita kanak-kanak dimana bahan ini telah mengumpulkan beberapa cerita ringkas ke dalam satu dokumen.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Himpunan Buku Cerita Menarik Kanak-kanak ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dan kepada anak-anak.

Pada perkongsian yang lepas, kami juga berkongsi mengenai bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi koleksi bahan pendidikan bermanfaat, informasi terkini mengenai dunia pendidikan, maklumat lanjut mengenai jawatan kosong, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.