Buku Panduan & Pengurusan Himpunan Fail Rekod Persediaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 2021

Himpunan Fail Rekod Persediaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 2021

4516

Himpunan Fail Rekod Persediaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 2021

Himpunan Fail Rekod Persediaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 2021. Perkongsian ini merangkumi surat pekeliling, divider fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH), fail Rekod Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk kegunaan guru-guru pada persekolahan 2021. Anda semua bebas memilih untuk menggunakannya atau meletaknya di dalam buku RPH ataupun fail. Format dokumen adalah dalam ‘DOC’ dan ‘PDF’, boleh disimpan di dalam laptop atau Google Drive.

Pendidikan Abad Ke-21

Seiring dengan perkembangan dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat pada masa kini, sistem pendidikan juga perlu ditambah baik untuk mengikut tren semasa ini.

Dalam usaha memastikan rakyat sentiasa mendapat yang terbaik dari segi keperluan pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan dalam melaksanakan dasar-dasar supaya sistem pendidikan di Malaysia setaraf dengan negara-negara maju di luar. Justeru itu, Pendidikan Abad Ke-21 telah diwujudkan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan lagi sistem pendidikan di negara ini ke arah lebih maju seiring dengan arus pemodenan.

Terdapat beberapa elemen penting di dalam Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) telah termasuk dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2015. Dalam memastikan Pendidikan Abad Ke-21 ini mencapai tahap keberkesanan yang tinggi, ia lebih tertumpu kepada tahap pencapaian akademik murid. Infrastruktur sekolah, susun atur bilik darjah dititikberatkan, namun yang lebih utama ialah strategi atau cara pendekatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan murid. Guru-guru berperanan sebagai pemudahcara dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di dalam kelas kepada murid.

Dengan hal demikian, pihak KPM menyeru agar warga pendidikan perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pelbagai program-program dan kemahiran terkini yang akan diterapkan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Ini kerana mereka merupakan individu penting dalam melaksanakan segala dasar-dasar yang digubal dan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dapatkan “Fail Rekod Penyediaan PdPc 2021” di sini


Di sini admin ingin kongsikan pelbagai fail rekod  penyediaan yang diperlukan untuk Pengajaran dan Pemudahcaraan bagi tahun 2021. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’ dan ‘PDF’

Download : 

  • Pekeliling Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
  • Divider Fail RPH 2021 Negeri Kumpulan A & B (Minggu)
  • Divider RPH 2021 untuk Hari Kelepasan Am Persekutuan
  • Divider 2021 Fail Rekod Pengajaran dan Pemudahcaraan
  • Divider 2021 Fail Rekod Pengajaran dan Pemudahcaraan (Jimat Ink)

 Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21

  1.  Lebih memfokuskan pelajar
    – Peranan utama ialah pelajar manakala guru adalah sebagai pembimbing
    – Memberi keutamaan kepada minat pelajar
  2.  Penggunaan gajet elektronik, komputer
    – peralatan yang digunakan di dalam kelas abad ke 21
    – sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
  3.  Pembelajaran secara aktif
    – dapat memahami penggunaan gajet elektronik dan komputer atau berinteraksi secara aktif bersama rakan sekelas.
  4.  Persekitaran kelas yang kondusif
    – tersusun dan ceria
    – peralatan mengajar yang asas yang lengkap
  5. Pelajar mudah faham dan mendengar arahan
    – strategi pembelajaran disusun dengan rapi dan terperinci
    – Memastikan pelajar tidak melanggar arahan dan prosedur yang ditetapkan dengan menampal peraturan kelas, notis di ruang khas di dalam kelas
  6.  Saling hormat dan bertoleransi
    – perlu hormat diantara satu sama lain iaitu antara guru dan pelajar
    – Guru memberikan galakan kepada pelajar agar mempunyai keyakinan untuk berucap dengan berani dan bersedia mendengar pendapat mereka
    – pelajar perlu belajar sifat hormat dan toleransi sesama rakan sekelas
  7. Pelajar berperanan dalam menentukan pembelajaran mereka
    – Pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran mereka dengan terlibat secara aktif di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
  8.  Penilaian berasaskan pencapaian pelajar
    – Penilaian berterusan dilaksanakan oleh guru melalui pelbagai medium atau kaedah bukan hanya berbentuk ujian sahaja
  9. Aktiviti pembelajaran secara kolaboratif
    – Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara berkolaborasi yang antara pendekatan pengajaran paling berkesan dalam pembelajaran

Semoga perkongsian Himpunan Fail Rekod Persediaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 2021 ini dapat membantu guru-guru dalam menyiapkan segala rekod pengajaran dengan baik dan teratur. Anda juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 26 perkara penting berkaitan Pendidikan Abad Ke-21 dan Panduan Menulis RPH Menarik untuk PAK-21.