Buku Panduan & Pengurusan HIMPUNAN KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH)

HIMPUNAN KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH)

4885

Sebagai umat Islam, wajib untuk kita mengetahui dan mengingati hari-hari dan peristiwa bersejarah dalam sejarah pembangunan Islam. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam bukanlah satu tanggal biasa, ia merupakan tanggal yang amat bersejarah bagi umat Islam seluruh dunia. Tanggal ini dikenali sebagai Maulud Nabi Muhammad SAW, iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad yang jatuhnya pada hari Isnin,12 Rabiulawal Tahun Gajah, bersamaan dengan 20 April 571, (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25).

Setiap tahun, kita akan mengadakan sambutan untuk meraikan hari yang bersejarah dan menggembirakan seluruh umat Islam di dunia ini. Sambutan setiap tahun juga mempunyai tema yang berbeza-beza. Pada tahun 2020, tema sambutan Maulidur Rasul adalah “Ummah Rabbani,Negara Harmoni”, manakala pada tahun 2021 pula membawa tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”, bagi tahun 2022, tema “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran” telah dipilih.

Oleh itu, di sini admin kongsikan HIMPUNAN KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH) yang juga telah dikongsikan oleh para pendidik lainnya. Dengan perkongsian ini, admin yakin ia akan membantu memudahkan para pendidik untuk membuat rujukan dalam penyediaan kertas kerja yang diperlukan.

Semoga dengan perkongsian HIMPUNAN KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH) dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN HIMPUNAN KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH) :